berita

Ragut RM2 Daripada Beg Budak, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 9 Tahun

August 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bandung, Indonesia, seorang lelaki berjaya ditangkap oleh pihak polis kerana meragut beg tangan seorang kanak-kanak perempuan.

Penjara 9 tahun

Menerusi laporan Serambi News, mangsa dikatakan berjalan bersendirian sebelum diragut di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Menurut pihak polis di Bandung, Oliestha Ageng Wicaksana, mangsa ragut mengalami kecederaan luka di bahagian leher. Tambah Oliestha, pelaku sebelum itu melihat mangsa memasukkan 50,000 rupiah (RM15.16) ke dalam beg tangannya.

Bagaimanapun, di dalam beg tangan itu hanya mempunyai 7,500 rupiah (RM2.27). Difahamkan, peragut mahu mendapatkan wang tambahan untuk membeli minuman keras. Berikutan daripada kes tersebut, peragut berdepan hukuman penjara selama sembilan tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

Hukumannya paling lama adalah sembilan tahun penjara. Tapi kita tidak fokus pada jumlah wang tetapi kejadian mengakibatkan luka di tubuh mangsa. Pihak kami akan proses kes ini bersesuai dengan undang-undang mengenai kejadian.

Sumber: Serambi News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×