berita

Rahang Kanan, Kepala & Tengkuk Alami Kecederaan, Lelaki Pukul Bekas Isteri Kerana Tak Dapat Jumpa Anak

July 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara tidak dapat berjumpa anak, seorang lelaki bertindak menumbuk bekas isterinya di sebuah rumah di Taman Melur, semalam.

Kecederaan di bahagian rahang, kepala dan tengkuk

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian tersebut berlaku pada pukul 4.30 petang, ketika mangsa yang juga seorang peniaga pulang ke rumah dan mendapati keadaan di dalam rumahnya berselerak.

Wanita berusia 47 itu kemudian pergi ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu, namun dia dimaklumkan oleh anaknya bahawa bekas suaminya berada di rumah.

Ujar Farouk, pergaduhan itu berlaku selepas wanita berkenaan pulang semula ke rumah dan mangsa ditumbuk oleh suspek. Berikutan daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian rahang kanan, kepala dan tengkuk.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Farouk turut memaklumkan, pihaknya telah menahan suspek berusia 57 tahun pada malam kejadian.

Polis turut merampas tiga paket plastik lut sinar disyaki dadah ganja dan hasil ujian air kencing ke atas dapati suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC). Suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×