Mata merupakan organ penting yang membolehkan kita menjalani kehidupan harian dengan sempurna, namun penjagaannya sering diabaikan dan perlu diberi perhatian agar terus berfungsi dengan baik.

Artikel Berkaitan: Nak Kempiskan Perut Dengan Cepat & Mudah? Ini Tips Paling Praktikal

Artikel Berkaitan: Petugas Kesihatan Mengucap Panjang, Budak 7 Tahun Ketagih Manis – ‘Datang Klinik Biru Muka, Rupanya Setiap Hari Kunyah 5 Sudu Gula’

Makanan berkhasiat & nutrien yang tinggi

Sekadar Gambah Hiasan (Berita Harian)

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan makanan yang berkhasiat dan nutrien yang tinggi mampu meningkatkan kesihatan mata dan sekali gus, mencegah daripada pelbagai jenis penyakit berkaitan dengan penglihatan.

Pengambilan kapsikum atau dikenali sebagai lada benggala dalam kehidupan seharian mampu mengurangkan risiko penyakit katarak mata, ianya diperkaya dengan vitamin A, C dan E.

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan bayam yang padat dengan kebaikan, berperanan untuk melindungi mata daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

Selain itu, ubi keledek mengandungi beta-karotin serta vitamin C dan E, baik untuk mata. Khusunya bagi membantu melihat dengan lebih jelas dalam keadaan yang gelap.

Kandungan vitamin E dalam kuaci juga dapat membantu, mengekang kesan penuaan pada mata dan menurunkan risiko penyakit degenatif seperti ‘Age-related Macular Degeneration (AMD).

Daging dan ayam menyediakan zat besi yang penting dalam pembentukan hemoglobin, yang kemudiannya memastikan mata menerima oksigen secukupnya.

Kaya dengan sumber vitamin

Sekadar Gambar Hiasan (Hello Doktor)

Kekacang seperti gajus, badam dan almond mengandungi lemak sihat, vitamin E serta zink yang dapat mengurangkan risiko kerosakan retina dan menyokong penglihatan secara keseluruhan.

Sebagai sumber Omega-3 semula jadi, ikan salmon berperanan melindungi mata daripada berlakunya kekeringan dan menurunkan risiko penyakit seperti AMD dan glaukoma.

Kandungan lutein dan zeaxanthin dalam kuning telur seiring dalam menapis cahaya biru yang berisiko tinggi merosakkan mata, dan melindungi retina.

Yang terakahir adalah lobak merah yang mempunyai vitamin A dan beta-karotin, bermanfaat untuk kesihatan mata. Vitamin A membantu retina menyerap cahaya dengan lebih baik, sekali gus menyokong penglihatan terutama dalam keadaan cahaya malap.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia