berita

Raih Keputusan Cemerlang Dalam Akademik, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Didik Anak

November 7th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Selain terkenal sebagai angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar juga dikenali sebagai ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab. Korang boleh lihat sendiri aktivitinya bersama anak-anak di Instagram, cara didikannya juga boleh dijadikan contoh ibu bapa di luar sana.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar sempat berkongsi sebuah video mengenai kejayaan puteri sulungnya iaitu Bella ketika memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian Sekolah Rendah Agamanya. Wow hebatnya!

I think she really worked hard

https://www.instagram.com/p/B4iu64DHjJo/

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, anak sulungnya itu seorang yang rajin berusaha demi memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah agamanya. Hasil kerja keras Bella, dia berjaya memperoleh 9A dan 1B. Walaupun, Bella inginkan 10 A untuk mendapatkan hadiah, usaha Bella ternyata menerima pujian daripada ayahnya.

Selain berkongsi keputusan, Dr Sheikh Muszaphar turut memberitahu kejayaan anaknya di sekolah. Antara kejayaan yang dicapai oleh Bella ialah, dia seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan, menjadi ketua kelas dan rajin menyertai pertandingan mewakili sekolah seperti debat.

Tahniah Bella!

Melalui perkongsian tersebut, netizen mengajukan pelbagai soalan buat angkasawan negara itu. Antara soalan yang paling banyak ditanya ialah cara hendak mendidik anak-anak seperti yang dilakukan Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya. Paling menyeronokkan, setiap pertanyaan tersebut dijawab semula.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×