Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila cara didikannya terhadap anak-anak menjadi inspirasi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Puteri Dr Sheikh Muszaphar Ambil Lesen ‘Scuba Diving’, Netizen Cemburu Tengok
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Miliki Ketinggian 163cm Di Usia 12 Tahun, Netizen Puji Kecantikan Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar
‘Family man’
Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, memaparkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar sedang ditemu bual oleh seorang wartawan. Turut kelihatan salah seorang anaknya lelakinya sedang menangis dan meminta untuk didukung.
Kemudian, isterinya Datin Dr Halina dilihat bertindak pantas dengan mengambil anak mereka supaya tidak mengganggu temu bual suaminya itu.
Apa yang menarik perhatian adalah, seusai selesai sesi temu bual, angkasawan itu terus mendapatkan anaknya dan dia cuba memujuk serta melayan karenah anak kelimanya itu.
Cara didikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar terhadap anak-anak dan layanan yang baik seorang suami kepada isteri yang sarat mengandung, telah menarik perhatian pemilik akaun yang memuat naik momen tersebut.
Seronok tengok momen macam ini, sangat menginspirasikan.
‘Ayah dan suami idaman’
Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata warganet memuji sikap Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan menyatakan dia adalah contoh terbaik seorang ayah dan suami idaman setiap isteri.
@fieha1010 Bila Angkasawan diinterview … Seronok dapat tengok moment macam ni, sangat menginspirasikan. Tqsm @keedsflix jemput kami. #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral #foryoupage #keedsflix #keedsflixplayschool #ramadhan2023 #kenanganramadan2023 #fypdong @angkasawanmalaysi @azrijemani @keedsflix@keedsflixhq @tvalhijrah
Sumber: TikTok