
Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di akaun Instagram miliknya telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Raja Muda Selangor Bakal Nikahi Cik Afzaa Fadini Pada 2 Oktober
Artikel Berkaitan: Pernah ‘Terlanggar’ Sultan Perak Di Kedai Buku, Gadis Dedah Sifat Sebenar Baginda
Coretan doa
Menerusi perkongsian tersebut, Tengku Amir Shah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar perkahwinan yang bakal dibina bersama pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz sentiasa dilimpahi dengan berkat dan kebahagiaan.
Sayang, malam ini saya doa semoga masa depan kita sentiasa indah.
Moga Allah lindungi kita, tunjukkan jalan yang baik dan penuh cahaya.
Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat, dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati.
Penghargaan kepada rakyat

Dalam masa yang sama, Tengku Amir Shah turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat di atas iringan doa mereka bersempena perkahwinannya yang bakal berlangsung.
Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan.
Sesungguhnya beta amat bersyukur atas segala ingatan dan doa tulus ikhlas tersebut terutamanya melalui majlis-majlis doa selamat yang telah diadakan di seluruh negeri Selangor bersempena dengan Istiadat Perkahwinan beta dengan Cik Afzaa Fadin.
Terdahulu, Istana Selangor mengumumkan bahawa Tengku Amir Shah bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Cik Afzaa pada Khamis, 2 Oktober 2025.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor iaitu Dato’ HJ. Mohamad Munir Bin Bani, majlis akad nikah Diraja akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Sumber: IG Raja Muda Selangor








