berita

[FOTO] Pembekal Wain Jadi Pilihan Cucu Ratu Elizabeth.. Comelnya Puteri Eugenie!

October 13th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Seperti Putera Harry, pangkat atau darjat tidak diambil kira jika sudah namanya cinta. Tidak lama dahulu, anak lelaki kepada mendiang Puteri Diana telah berkahwin dengan seorang aktres bernama Meghan Markle. Semalam, tiba giliran cucu Ratu Elizabeth, Puteri Eugenie pula mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihannya, Jack Brooksbank. Siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati Puteri Eugenie ini?

‘Lelaki biasa’ jadi pilihan

Puteri Eugenie, 28, cucu kepada Ratu Elizabeth dan anak perempuan kepada Putera Andrew (anak ketiga Ratu Elizabeth) telah berkahwin bersama pasangan pilihannya iaitu Jack Brooksbank. Apa yang menariknya adalah pasangan kepada Puteri Eugenie ini merupakan pembekal wain terkenal di London.

Perkahwinan diraja itu telah diadakan di Gereja St George yang bertempat di Istana Winsdor, lokasi yang sama Putera Harry dan Meghan Markle serta Putera William dan Kate Middleton mengikat tali percintaan mereka.

Dalam majlis resepsi itu, Puteri Eugenie menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Peter Pilotto dan Christopher De Vos.

Kek perisa red velvet dan chocolate ini telah direka khas oleh pereka kek dari London iaitu Sophie Cabot

Foto comel Puteri Charlotte dan Putera George, anak kepada Putera William

Artis terkenal turut hadir

Penyanyi terkenal, Robbie Williams

Penyanyi Ellie Goulding

Model dan artis terkenal, Cara Delevigne

Sumber: Twitter The Royal Family, Astro Awani, Huffpost

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×