berita

Rakam Gambar & Video Wanita Mandi Kolam Sejak 30 Tahun Lepas, Geng Mengintai Akhirnya Tumpas

February 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Kegitan kumpulan voyeurisme (perbuatan mengintai orang bertelanjang) di Jepun akhirnya tumpas selepas lebih 30 tahun merakam gambar dan video ribuan wanita ketika mandi di kolam air panas di seluruh negara itu.

Artikel Berkaitan: Buat Hubungan Seks Dengan Ibu Mentua, Bekas Suami Ancam Mahu Saman

Artikel Berkaitan: Penduduk Kampung Desak Penghulu Letak Jawatan, Dakwa Minta Gambar Bogel Isteri Orang

Pakai teknologi canggih

Gambar sekadar hiasan

Pihak polis Jepun mengenalpasti antara yang ditahan adalah pegawai kerajaan, seorang doktor dan eksekutif kanan syarikat. Tangkapan kumpulan tersebut melibatkan 16 orang lelaki selepas penahanan seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan itu, Karin Saito, 50, pada Disember 2021 lalu.

Saito dikenali sebagai seorang pengintai berkarisma kerana menggunakan teknologi canggih ketika merakam. Kumpulan tersebut mempelajari teknik voyeurisme itu daripada Saito apabila mereka juga menggunakan pelbagai peralatan yang berkualiti tinggi seperti kanta telefoto sambil bersembunyi di pergunungan untuk merakam sekurang-kurangnya 10,000 wanita yang mandi di kolam air panas.

Lebih teruk lagi mereka sering mengadakan perhimpunan untuk tayangan video yang telah lengkap disunting dengan sari kata itu.

Kesemua lelaki itu didakwa telah melanggar ordinan pencegahan gangguan, undang-undang fotografi haram dan pronografi serta disyaki melanggar undang-undang pronografi kanak-kanak.

Sumber: South China Morning Post 

SKIP THIS AD ×