Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi momen ketika dia memberitahu suami, Hafiz Osman tentang kehamilannya.

Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dedah Jeanelle Paling Teruja Bakal Dapat  Adik Lelaki

Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Suka Dengar Jeanelle Cakap Bahasa Melayu – ‘Dulu Macam Membebel Dengan Pintu’

Momen lucu

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Nina berkata, dia sedang berada di Jepun ketika mengetahui bahawa dirinya berbadan dua.

Ketika saya dapat tahu yang saya hamil, kami berada di Jepun.

Untuk kepastian, saya buat ujian tiga kali sebelum beritahu Hafiz.

Nina kemudian menceritakan momen lucu ketika memberitahu suami tentang kehamilannya.

Petang itu kami ke kafe kegemaran, hanya kami berdua saja.

Saya hulurkan beg kertas yang berisi alat ujian kehamilan itu.

Dia pandang saya dengan terkejut lalu berkata, ‘awak positif Covid? Jadi esok kita tak boleh fly balik la?’

Daripada nak jadi sweet momen kami terus ketawa.

Kit kecil

Menurut Nina, lazimnya, kit ujian kehamilan yang dijual di negara matahari terbit tersebut bersaiz kecil sehingga suaminya menyangka itu adalah kit ujian Covid-19.

Katanya, alat ujian kehamilan di Jepun kecil jadi memang nampak macam kit ujian untuk Covid.

Untuk info, Nina mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Imbas kembali, Nina mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: Nina Ismail Sabri