berita

Rakam Lagu Raya Bersama Andi Bernadee, Ryan Bakery Selesa Kerja Bersama – ‘Kami Berdua Cepat Ngam’

April 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Rezeki pempengaruh TikTok, Ryan Bakery dilihat melimpah ruah selepas Ryan kini dilihat sudah mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Buat lagu raya bersama Andi Bernadee

Terbaru, pempengaruh TikTok itu tampil berkolaborasi bersama penyanyi, Andi Bernadee menerusi lagu raya yang berjudul Raya Last Minute.

Ryan yang ditemui OhBulan! memaklumkan bahawa penglibatan percubaannya dalam bidang nyanyian kali ini adalah sekadar untuk mewarnai dan memeriahkan lagi industri hiburan.

Mulanya saya agak nervous nak masuk studio rakaman, tapi Andi sangat supportive dan beri banyak tunjuk ajar pada saya.

Tujuan saya ceburi bidang nyanyian ini pun adalah sekadar untuk mewarnai lagi industri.

Saya terbuka untuk terima sebarang maklum balas ramai terhadap lagu raya kami ini.

Dalam pada itu, Ryan yang ditemui ketika pelancaran lagu raya tersebut mendedahkan bahawa dia sangat senang bekerja bersama Andi serta pihak produksi sepanjang penggambaran musik video lagu tersebut.

Kami berdua memang cepat ngam, Andi pun jenis masuk air juga.

Kalau nak tahu penggambaran musik video lagu ini pun hanya mengambil masa sehari sahaja untuk diselesaikan.

Memang senang bekerja dengan produksi ini, semuanya dipermudahkan.

Lagu Raya Last Minute kini sudah boleh ditonton di saluran rasmi Warner Music Malaysia di platfrom YouTube.

SKIP THIS AD ×