berita

Rakam & Tularkan Anggota Bertugas, Polis Cari Pemilik Akaun TikTok

May 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang pemilik akaun TikTok serta beberapa individu kini sedang dikesan pihak polis kerana merakam dan menularkan video anggota polis yang sedang bertugas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan e-hailing di Jalan Mayang Mas, Petaling Jaya, petang Khamis.

Elak persepsi negatif & fitnah terhadap polis

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu hantaran tular di media sosial dimuat naik seorang pemilik akaun dengan dakwaan negatif terhadap anggota polis.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif dan fitnah orang ramai terhadap polis yang menjalankan tugas.

Anggota polis itu tidak menyedari tindakannya menjalankan tugas memeriksa sebuah kereta e-hailing jenis Proton Saga telah dirakam wanita warga asing terbabit.

Jelas Fakhrudin, susulan selesai menjalankan pemeriksaan, kereta tersebut dilepaskan kerana tidak mempunyai sebarang kesalahan sama ada lalu lintas, jenayah atau dadah.

Kita sedang mengesan pemilik akaun media sosial tersebut dan individu yang terlibat dalam penularan rakaman video terbabit yang boleh menjejaskan imej polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×