Berita sedih mengenai pemergian penyanyi, Siti Sarah ternyata dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan artis, sahabat baik mahupun para peminat. Rata-rata yang mengenali Siti Sarah secara dekat telah memuat naik posting sebak sebaik sahaja mengetahui penyanyi tersebut sudah meninggal dunia.
Artikel berkaitan: ’20 Tahun Kami Jadi Sahabat Ketawa & Menangis’ – Pemergian Siti Sarah Sentuh Emosi Azharina
Artikel berkaitan: ‘Siti Sarah Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim Yang Saya Bantu’ – Ustaz Ebit Lew
Di Instagram, individu yang pernah mengenali Siti Sarah secara dekat mula membuka mulut dan menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya selama ini.
Bagi kakak buat review
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian Bella Astillah, Siti Sarah seorang yang baik dan sentiasa ingin membantu rakan artis yang sedang menjalankan perniagaan. Menurut Bella, dia terkilan kerana tidak sempat memberi laksa buat Sarah dan keluarga sedangkan, pelantun suara ‘Kesetiaan’ itu telah memberikan hadiah tudung serta jubah yang cantik kepada dirinya. Ujar Bella, Sarah secara sukarela ingin membuat ‘review’ laksa yang dijual olehnya.
Bergaduh sebab nak bayar duit makan
View this post on Instagram
Selain Bella, Alan Razak yang merupakan seorang peguam dan kenalan Siti Sarah turut memuat naik sebuah posting di Instagram. Menurut Alan, Sarah seorang yang tidak berkira apatah lagi bab makanan. Ada kalanya, mereka akan bergaduh dan berebut untuk membayar duit makanan apabila berjumpa di restoran. Tambah Alan, dia tidak sempat untuk merasa air tangan Sarah dan lepak di rumah penyanyi itu.
Sentiasa ingat walau jarang bersama
View this post on Instagram
Ratu dangdut negara iaitu Amelina turut tampil dan menceritakan mengenai kebaikan yang dilakukan oleh Siti Sarah. Menurut Amelina, dia telah mendapat pemberian yang teristimewa daripada Sarah sebelum penyanyi itu meninggal dunia. Ujar Amelina, Sarah tidak pernah lupa dan sentiasa teringat mengenai dirinya walaupun mereka jarang bertemu
Sentiasa ucap tahniah dan beri sokongan
View this post on Instagram
Sebagai artis baharu, Naim Daniel memberitahu dia sangat rapat dengan Siti Sarah. Malah, dia telah menghasilkan sebuah lagu buat penyanyi tersebut. Ujar Naim, Sarah akan sentiasa memberi ucapan tahniah dan sokongan buat dirinya ketika hendak menghasilkan sesebuah karya.
Dia ajar saya untuk ‘ikhlas’
View this post on Instagram
Bagi penyanyi Wani Kayrie pula, dia akan sentiasa teringat mengenai momen Big Stage bersama Siti Sarah. Menurut Wani, Sarah pernah memberi nasihat buat dirinya agar sentiasa ikhlaskan diri semasa melakukan apa sahaja. Apabila seseorang itu ikhlas, semua kerja yang dilakukan akan menjadi sempurna dan dipermudahkan ujar Siti Sarah kepada Wani..Jelas Wani lagi, Siti Sarah telah memberi inspirasi dan kekuatan buat dirinya agar bangkit dalam pertandingan nyanyian tersebut.
Sentiasa doa untuk orang lain
View this post on Instagram
Sepanjang menjalani rawatan radioterapi di hospital, Elyana memberitahu bahawa Sarah sering berdoa kepadanya dan menghantar buah tangan. Menurut Elyana, Sarah sangat suka melihat kekuatan dirinya tatkala melawan penyakit kanser yang dihadapi. Malah, Sarah turut mengambil semangatnya ketika disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. Namun, Elyana akur dan ketentuan Allah apabila sahabat yang disayangi terlebih dahulu menghadap ilahi.
Tak cukup ruang untuk kongsi kebaikan
View this post on Instagram
Pelakon, Fasha Sandha turut memberitahu bahawa dia tidak mampu untuk menulis segala kebaikan yang dilakukan oleh Sarah terhadapnya. Ujar Fasha, Sarah sangat teringin untuk berjumpa dengan anaknya iaitu Aisha. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian.
Sumber: Instagram