berita

‘Siti Sarah Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim Yang Saya Bantu’ – Ustaz Ebit Lew

August 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Selepas hampir 65 jam bertarung nyawa akibat Covid-19, penyanyi terkenal iaitu Siti Sarah Raissuddin telah kembali ke rahmatullah pada jam 5:13 pagi tadi. Kebanyakan rakan artis dan para peminat tidak putus-putus memberikan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga termasuk suami Allahyarham, Shuib dan anak-anak.

‘Ya Allah sedihnya rasa’

Ustaz Ebit Lew menerusi akaun Instagram rasmi miliknya mendoakan agar Shuib bersama anak-anaknya akan bersama Allahyarham Siti Sarah di syurga kelak. Ustaz Ebit juga sempat berkongsi satu kisah dimana Allahyarham Siti Sarah pernah mengutarakan hasratnya untuk membayar sewa beberapa rumah orang miskin yang diuruskan oleh Ustaz Ebit.

Banyak kali tanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya.

Salam takziah

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook rasminya tadi telah menzahirkan ucapan takziah kepada penyanyi berusia 36 tahun itu serta kepada seluruh keluarga rakyat Malaysia yang terkorban akibat pandemik Covid-19.

Bukan itu sahaja, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan Ustazah Asma’ Harun turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Siti Sarah. Dalam kesempatan itu, Ustazah Asma’ Harun meminta orang ramai mendoakan Allahyarham dan semua umat Islam yang telah meninggal dunia agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.

TaqdirNya, pada 7 Februari 2020, awal tahun lepas sebelum covid, kami pernah disatukan dalam satu program Wanita Hari Ini TV3. Walaupun hanya seketika bertemu, arwah seorang yang menghormati dan rendah diri, perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.

Ketika berbicara tentang Hijrahnya, arwah mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah.

Sumber: Ustaz Ebit LewDr. Noor Hisham Abdullah, Ustazah Asma’ Harun

SKIP THIS AD ×