berita

Rakan Baik Dedah Situasi Sebenar Yang Berlaku, Tepis Dakwaan Rakan Baik Meninggal Dunia Kerana Koronavirus

January 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial video seorang gadis tiba-tiba rebah ketika membeli barangan di sebuah kedai. Keadaan bertambah buruk apabila ada dakwaan mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus. Walau bagaimanapun, bapa saudara mangsa telah memberi penjelasan berhubung kematian gadis itu.

Terbaru, rakan karib kepada mangsa yang juga saksi kejadian tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Menerusi Twitter Nazirul, Nurul Izzah sebelum ini pernah mengadu sakit kepala sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri selepas itu.

Arwah singgah kedai nak beli cable

Menurut Nazirul, arwah yang merupakan rakan sekerjanya hadir ke kedai aksesori telefon bimbit yang juga merupakan tempat kerjanya pada jam 4 petang. Tujuan dia bersama bapanya ke kedai berkenaan adalah untuk membeli wayar pengecas telefon bimbitnya selepas mengambil power bank yang tertinggal di situ.

Mengadu sakit kepala

Sebelum arwah rebah, dia mengadu sakit kepala ketika itu. Dalam sekelip mata arwah tiba-tiba jatuh pengsan dan kepalanya terhantuk rak belakangnya. Selepas menyedari kejadian itu, rakan-rakan yang lain terus memeriksa keadaan arwah dan mendapati wajahnya kelihatan pucat.

Badan keras kejung, pipi bibir pucat

Pada walanya, dia menyangkakan bahawa arwah hanya pengsan sehingga dia menyedari bahawa badan arwah keras kejung dan pipi serta bibir pucat. Dia bersama bapa arwah bergegas membawa arwah ke hospital swasta yang berdekatan. Saat yang menyedihkan apabila bapa arwah mencium pipi arwah ketika mendukung masuk ke hospital sambil membisik agar anaknya bangun.

Tak hidap sebarang penyakit sebelum ini

Tidak memberi apa-apa respon

Ayah arwah redha dengan berita itu

Beri rakaman CCTV kepada sepupu arwah

Laporan polis telah dibuat

Hormat keluarga arwah

Sumber: Nazirul

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!