berita

Rakan Dakwa ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Dah Meninggal Dunia? – ‘Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real’

November 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita yang sebelum ini mendakwa pernah menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose sewaktu zaman persekolahan dikhabarkan sudah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Tertipu Dengan Air Mata Dia, Talam Dua Muka’- Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Masa Sekolah?

Artikel Berkaitan: ‘Sejak Bila Saya Pembuli? Kak Yongnya..Kuatnya Aku Ni Sampai Awak Takut Ye’ – Uqasha

‘Hari-hari dia bertarung’

Berita tersebut disampaikan di laman X oleh seorang individu yang dipercayai merupakan rakan arwah. Susulan pemergian arwah pada 31 Oktober lalu, individu terbabit seakan menuding jari menyalahkan Uqasha.

Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu. Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.

Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh. Hari-hari bertarung untuk terus kuat.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen. Isteri kepada pelakon Kamal Adli sempat membalas ciapan tersebut dan berharap agar dapat bertemu individu yang mendakwa dirinya sebagai rakan arwah. Aktres itu juga meminta agar individu terbabit untuk menghubunginya.

Pada Mac lalu, nama Uqasha secara tiba-tiba menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu zaman persekolahan.

Ciapan di X

Sumber: X

SKIP THIS AD ×