berita

Mengaku Pernah Hisap Rokok Depan Sekolah, Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Buka Aib Sendiri?

March 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, seorang wanita mendakwa pernah menjadi mangsa buli pelakon, Uqasha Senrose sewaktu di zaman persekolahan iaitu sekitar 15 tahun lepas. Dakwa wanita itu lagi, akibat perbuatan pelakon tersebut, dia mengalami kemurungan sehingga terdetik untuk membunuh diri selain mahu berpindah ke sekolah lain kerana tidak tahan dibuli.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Tertipu Dengan Air Mata Dia, Talam Dua Muka’- Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Masa Sekolah?

Terbaru, wanita tersebut dilihat menerima kecaman hebat daripada netizen kerana membuka aib sendiri di khalayak umum.

Cuma pernah hisap rokok

Menurut wanita tersebut, dia pernah menghisap rokok sewaktu zaman sekolah. Tambah wanita itu, dia melakukan perbuatan tersebut kerana pertaruhan bersama rakan. Baginya, itu momen paling jahat.

Ujar wanita itu lagi, dia sejenis yang suka rasa bersalah dan tidak sampai hati untuk melakukan perbuatan buli terhadap orang lain.

Boleh tahu perangai you macam mana

Menerusi ciapan yang dimuat naik, netizen berkata mereka boleh mengenal pasti karakter wanita tersebut.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×