Rakan kepada salah seorang peserta misi kemanusiaan, Haroqs iaitu Dean Amir Hussain, berharap agar sahabat baiknya itu dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Artikel Berkaitan: Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga

Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Bingung Tiada Khabar Terkini Daripada Ardell Aryana, Netizen Kongsi Bot Masih Berlayar

Harapan sahabat

Menerusi hantaran di Threads, Dean Amir menyifatkan Haroqs atau nama sebenarnya Muhammad Hareez Adzrami, 25, sebagai seorang insan yang mempunyai budi pekerti yang baik dan hanya berniat untuk membantu saudara Islam di Gaza.

Justeru itu, dia meminta pihak Israel menghantar Haroqs pulang ke Malaysia dengen segera.

Wahai IDF (Israel Defense Forces), tolong pulangkan balik kawan saya.

Dia orang baik dan tak ada apa yang perlu ditakutkan.

Dia cuma bawa makanan dan bekalan penting untuk mangsa nahas di Gaza sahaja.

Dalam masa yang sama, Dean Amir juga memuat baik foto serta perbualan terakhir bersama Haroqs di aplikasi WhatsApp.

Buat sahabatku Haroqs, aku masih ingat kata-kata terakhir kamu dan aku harap ayat itu hanyalah mimpi yang lalu dan bukanlah kenyataan.

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Wisma Putra memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.

Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan penahanan peserta flotila oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera serta dilayan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

Sumber: Threads