berita

Rakyat Malaysia Dedah Pernah Dijual Ketika Bercuti Di Thailand

October 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

culik

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemuda berusia 22 tahun berkongsi kisah hitam yang dilaluinya apabila dia dan rakannya dijual ketika bercuti di Thailand.

Diculik, dijual di Thailand

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, David (bukan nama sebenar) yang merupakan pemilik perniagaan aksesori telefon bimbit di Sarawak mendakwa ditawarkan peluang perniagaan sambil bercuti di Chiang Mai, Thailand oleh seorang individu yang dikenalinya beberapa bulan iaitu Steven.

Lebih menarik apabila individu terbabit turut menawar untuk menanggung kos perjalanannya bersama rakannya, Laura (bukan nama sebenar).

Setibanya di Chiang Mai, David dan Laura diculik oleh individu yang tidak dikenali dan mereka dibawa merentas sempadan melalui Chiang Rai, Thailand. Lebih menggerunkan apabila salah seorang individu (penculik) mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkan mereka menyerahkan pasport dan telefon bimbit.

Proses nak selamatkan mangsa agak rumit

Sekadar gambar hiasan

Dua anak muda ini kemudian dijual kepada pusat penipuan di Laukkaing, Myanmar dan dikurung selama dua minggu. Ternyata, di sana ramai rakyat Malaysia yang telah diseludup dan menjadi mangsa pemerdagangan selain dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’.

Apabila David menyatakan hasrat untuk meninggalkan tempat itu, sindiket meminta dia dan Laura membayar wang tebusan. Tidak lama selepas itu, mereka dibawa keluar ke sempadan Myanmar-Thailand oleh askar tempatan. Di sana, mereka berjaya menghubungi keluarga masing-masing sebelum akhirnya berjaya diselamatkan.

Tetapi menurut sumber, proses untuk membawa kedua-dua mangsa itu bukanlah satu perkara yang mudah malah pelbagai proses rumit yang dilalui mereka. Mereka terpaksa mengupah beberapa orang warga Myanmar untuk membantu.

Meskipun tidak mengikut prosedur yang betul tetapi menurut Wong, itulah satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk membawa mereka pulang.

Difahamkan, sebahagian kos menyelamatkan David dan Laura ditanggung oleh keluarga mereka.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×