berita

Rakyat Malaysia Kongsi Kisah Bagaimana PKP Mengajar Mereka Menghargai Pengorbanan Wanita!

May 8th, 2020 | by Epul
Kini Trending

Masuk fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang menarik nafas lega bila kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran. Tapi, kami rasa mesti korang yang lelaki paling happy. Yelah, kalau sebelum ni, cuma ketua keluarga je yang dibenarkan keluar, kini larangan itu telah pun ditamatkan.

Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, kami dapat lihat banyak perkongsian di media sosial tentang perubahan kehidupan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada yang lucu dan ada juga yang jadikan PKP ni sebagai tempoh pembelajaran. Korang memang terbaiklah!

Macam-macam jadi bila lelaki beli barang dapur

Kisah beli barang dapur merupakan kisah paling hangat sejak minggu pertama PKP dilaksanakan. Pelbagai gelagat dan kerenah terjadi bila ketua keluarga kena keluar beli barang keperluan. Yelah, selalunya kalau shopping barang dapur kan ada isteri atau emak ada kat sebelah.

Lelaki keluar beli barang macam treasure hunt.

Satu posting di Facebook berkongsi,  “Dah macam ‘treasure hunt’ pula aku rasa. Masing-masing tengok kertas, check point banyak woi kena cari sampai dapat”.

Melalui gambar yang dikongsi oleh pengguna ini, kelihatan ketua keluarga sedang asyik membeli barang siap ada list barang kat tangan tau!

Lain diminta lain yang dibeli.

Perkongsian di Twitter ni berjaya menarik perhatian kami. Lelaki ini kelihatan bingung dan bertanyakan mengenai sayur yang betul. Di akhir kisah ni, dia tetap tersalah ambil sayur kerana sayur yang diambilnya ialah daun sup dan bukannya daun saderi.

Bila di dapur, nak masak ke nak berperang tu?

https://www.facebook.com/Waqrajalawak69/videos/2441198412650399

Selalunya isteri atau mak yang memasak di rumah kan? Tapi sejak PKP, ada yang galas tanggungjawab baru. Perkongsian Waq dalam group Suami Masak Apa Hari Ni, dia berkongsi gaya memasak nasi goreng untuk bersahur. Gaya masakan yang dikongsi mencuit hati kerana seperti menukang!

Isteri kena kerja, suami pula buat kerja rumah.

Kredit: Mohd Fhais

Lain pula kisah Mohd Fhais yang berkongsi kehidupanya apabila dia pula yang perlu menguruskan rumah tangga sepanjang PKP kerana isterinya bekerja.

Bila dah buat kerja rumah, baru dia sedar betapa hebatnya suri rumah yang melakukan kerja rumah seorang diri setiap hari tanpa cuti.

PKP didik masyarakat Malaysia sifat menghargai

Bukan setakat kes suami kalut beli barang keperluan atau menolong di rumah, musim PKP ni juga korang boleh lihat ramai antara yang kita mula menghargai orang di sekeliling. Tak dapat bayangkan kalau takde sesiapa di sisi sepanjang PKP ni, confirm sunyi!

“Siapa kata senang nak jaga anak kecil sorang diri?”

Time ni la saya baru rasa betapa susahnya nak uruskan anak ni sorang diri. Kadang tu dia menangis pon saya tak tau dia lapar ke, nak tidur atau ajak bergurau. Saya tertanya juga macam manala isteri saya ada kekuatan uruskan rumah, jaga anak dan juga bekerja.

Syamim Sulaiman, 27

“Penat kerja tapi mak selalu ada bila kami rasa down.”

Berkhidmat sebagai frontliners ni tak mudah sebab hari-hari kena berhadapan dengan orang yang berbeza. Saya tertekan bila musim PKP sebab pelanggan selalu datang marah-marah kat tempat kerja. Tapi, nasib baik mak ada. Maklah yang selalu bagi nasihat supaya saya banyak bersabar.

Aina Tinggal, 26

“Rindu nak makan masakan mak, mak sanggup ajar secara online!”

Selalunya setiap kali awal Ramadan,saya mesti akan pulang ke kampung untuk berbuka dengan keluarga. Tapi tahun ni, saya terpaksa buka puasa seorang diri sebab larangan perjalanan rentas negeri.

Bila balik kampung time macam ni, mak selalu masak makanan favourite saya. Tapi, tahun ni mak ajar saya masak guna video call je. Rasa sedih sangat tak dapat rasa air tangan mak.

Asyraf Khalib, 27

“Walaupun selalu gaduh, tapi tak sunyi PKP bila ada kakak!”

Ada orang lain yang sambut Ramadan sorang-sorang. Saya dapat juga sambut dengan ahli keluarga sebab tinggal dengan kakak. Sepanjang PKP, dialah kawan berbual dan juga bergaduh setiap hari.

Walaupun terpisah dengan keluarga, tapi saya bersyukur hari-hari saya tak membosankan sebab kami berdua gemar melakukan aktiviti bersama ketika di rumah seperti Muay Thai dan memasak.

Azyan Shorlokman, 26

Sayangi diri anda lebih, kekal bertenaga dengan Proviton Daily Multivitamins!

Mengetahui bahawa tak mudah bagi wanita menggalas pelbagai tanggungjawab sepanjang PKP ni, Proviton Daily Multivitamins nak semua wanita di luar sana tahu,  walaupun korang penat dalam melaksanakan tugas seharian seperti bekerja atau menguruskan rumah, jangan pernah lupa menjaga kesihatan korang!

Proviton Daily Multivitamins adalah multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral yang lengkap serta ekstrak Panax Ginseng yang membantu membekalkan tenaga yang diperlukan sepanjang hari. Bukan itu saja, ia juga dapat meningkatkan kecergasan, mengatasi masalah mudah lesu dan membantu mengekalkan kesihatan korang.

Korang jangan risau, Proviton Daily Multivitamins ni juga dijamin halal tau!

So, apa tunggu lagi? Proviton Daily Multivitamins kini boleh didapati secara atas talian di farmasi seperti Watsons.  Jom dapatkan khasiat yang terbaik untuk tubuh badan korang dengan Proviton Daily Multivitamins.

#ProvitonMy #LoveYouMore #MyStrength #ThankyouWoman

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×