Pelakon dan penyanyi Nelissa Nizam enggan dikenali dengan isu kemelut yang melanda dirinya dan ibu, Ayu Manaf.

Artikel Berkaitan: ‘Harap Dapat Bincang & Selesaikan Isu Keluarga Secara Privasi’ – Nelissa Nizam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pengarah Pernah Campak Skrip Dekat Muka Saya Di Awal Kemunculan’ – Nelissa Nizam Fikir Positif, Jangan Jadi Pelakon Manja

Enggan jual isu sensasi

Menjawab tentang nama yang melonjak naik, pemilik nama Nelissa Edreena Nizam, 27, ingin berdiri atas bakat sendiri dan bukan sekadar melalui isu yang menimpanya.

Menurutnya, dia berharap tiada kesan negatif yang menggangu kerjayanya sebagai anak seni.

Perancangan saya dan pihak pengurusan adalah mahu saya naik kerana bakat. Tak pernah terfikir menjadikan kontroversi ini sebagai satu publisiti.

Alhamdulillah, setakat ini tak terkesan apa-apapun. Kebanyakan mereka yang pernah bekerja tahu cara saya kerja macam mana.

Harapan saya semoga apa yang berlaku tidak memberi kesan negatif terhadap kerjaya seni saya.

Nelissa berkata demikian ketika menghadiri majlis Fiziwoo Raya25 Collection Iftar Soirée di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Ramadan menyatukan

Berkongsi lebih lanjut, Nelissa mendedahkan hubungan dengan ibunya telah kembali jernih di samping bersyukur dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sebenarnya dua hari lepas, saya baru sahaja berjumpa dengan mak saya. Semuanya okay, Alhamdulillah.

Macam yang saya katakan, sepatutnya perkara ini perlu dibincangkan dalam keluarga dan tidak perlu diuar-uarkan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, aktres berusia 28 tahun itu menganggap segala masalah yang menimpa itu sebagai ujian untuk diharungi.

Imbas kembali, Nelissa mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga, namun, kenyataan itu dinafikan oleh ibunya, Ayu Manaf.