Sejak akhir-akhir ini, ramai umat Islam dilihat mengamalkan Qunut Nazilah dalam solat, terutamanya untuk mendoakan kesejahteraan saudara kita yang sedang diuji di bumi bergolak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza

Artikel Berkaitan: ‘Palestine Tempat Keramat, Niat Kerana Allah Bukan Nama’ -Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Dua Kali Dapat Masuk Gaza

Apa itu Qunut Nazilah?

Qunut Nazilah, doa yang dibaca ketika berlakunya musibah besar seperti peperangan, penindasan, bencana alam atau wabak penyakit.

Qunut Nazilah bukanlah doa harian, tapi doa istimewa untuk memohon perlindungan dan pertolongan Allah untuk umat Islam seluruhnya.

Rasulullah S.A.W juga pernah membaca Qunut Nazilah ketika umatnya dizalimi di luar Madinah sebagai tanda solidariti bersama.

Waktu sesuai baca Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca dalam mana-mana solat fardhu. Biasanya dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari rukuk semasa i’tidal.

Jika solat berjemaah, imam akan membacanya dengan kuat dan jemaah hanya perlu mengaminkan sahaja doa tersebut.

Cara baca pun mudah

Terdapat beberapa cara yang boleh dibuat:

  1. Baca doa qunut biasa seperti dalam solat Subuh.
  2. Baca doa qunut nazilah sahaja.
  3. Atau nak lebih lengkap, baca kedua-duanya sekali (Qunut Subuh dan disambung Qunut Nazilah)

Contoh bacaan ringkas:

“اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا…”
Maksudnya: Ya Allah, kami serahkan musuh-musuh kami kepada-Mu, dan lindungilah kami daripada kejahatan mereka.

Kenapa ramai baca Qunut Nazilah sekarang

Dengan keadaan dunia sekarang yang bergolak, saudara kita di Palestin masih dalam peperangan dan penindasan, ramai umat Islam mengambil peluang untuk bersatu dalam doa melalui Qunut Nazilah.

Walaupun tak mampu membantu secara fizikal, doa tetap menjadi senjata paling utama dan kuat bagi orang beriman.

Doa mungkin nampak kecil, tapi kesannya sangat besar bila datangnya dari hati yang ikhlas.

Sekadar info tambahan, Qunut Nazilah berasal daripada amalan Rasulullah S.A.W, yang dibaca ketika umat Islam ditimpa ujian berat.

Jadi, amalan ini bukan trend baru, tapi ianya antara sunnah yang menghidupkan semangat ukhuwah dan kerpihatinan kita.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan