berita

Ramai Bimbang Ebit Lew ‘Hilang’, Caprice Whatsapp Sendiri Tanya Khabar & Ini Respon Ustaz

June 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kecoh di media sosial apabila kebanyakan rakyat Malaysia mula berasa bimbang dan tertanya-tanya mengenai keselamatan Ustaz Ebit Lew yang kini berada di bumi Palestin.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Post FB Terakhir 27 Mei Lepas Itu ‘Senyap’ Terus, Ramai Risau Keselamatan Ebit Lew

Di Instagram, penyanyi dan selebriti media sosial iaitu Caprice mengesahkan bahawa Ustaz Ebit berada dalam keadaan selamat dan masih meneruskan misi kemanusiaan di negara tersebut.

Berita palsu

Ustaz @ebitlew is okay guys. Yang share berita ustaz hilang tu adalah berita palsu.

Menurut Caprice, Ustaz Ebit berada dalam keadaan yang baik sekarang ini. Tambahnya, mereka berdua sempat berhubung menerusi Whatsapp dan Ustaz Ebit hanya membalas secara ringkas ‘okay je’. Ujar Caprice lagi, Ustaz Ebit memohon doa daripada semua agar misi kemanusiaan yang dilakukan olehnya ini dipermudahkan.

Menerusi tangkapan skrin perbualan tersebut, Caprice dilihat sudi untuk membantu pendakwah bebas berkenaan sekiranya pendakwah tersebut memerlukan sebarang bantuan.

Syukur Alhamdulillah

Syukur Ya Allah, semoga urusan ustaz dipermudahkan.

Rakyat Malaysia dah boleh tenang sekarang dan berdoa agar urusan ustaz di sana dipermudahkan.

Rindu sangat dekat ustaz. Semoga menjadi contoh kepada anak muda.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew dilihat langsung tidak mengemaskini akaun media sosialnya termasuklah Instagram, Facebook dan Twitter. Perkongsian terakhir yang dimuat naik ustaz Ebit Lew adalah pada 27 Mei lalu dan sehingga ke hari ini, tiada posting terbaru.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana semua orang tahu, ustaz Ebit sangat aktif di media sosial dengan berkongsi aktiviti hariannya seperti berdakwah dan sebagainya. Tetapi kali ini, ustaz Ebit terus ‘menghilangkan diri’ tanpa meninggalkan apa-apa ‘update’.

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×