Baru-baru ini, satu kontroversi menghimpit Pencetus Ummah (PU) Amin apabila sebuah foto bersama dua wanita ‘seksi’ dimuat naik di laman Instagram. PU Amin bagaimanapun telah menjelaskan perkara sebenar hadir ke majlis berbuka puasa tersebut.
Artikel berkaitan: Foto Dengan Influencer Seksi Tarik Perhatian, PU Akui Hadir Beri Tazkirah & Dakwah
Artikel berkaitan: ‘Takkan Orang Nak Bergambar, Saya Nak Kata Tak Boleh’ – PU Amin
Di Instagram, PU Amin menjelaskan konsep dakwah dengan mendekati pelbagai lapisan masyarakat. Dia turut mengidolakan pendakwah bebas iaitu Ebit Lew yang pernah turun ke ‘lorong gelap’ bagi mendekati golongan mak nyah dan memberi ilmu agama buat mereka.
‘Saya dah buat cara tegas’
PU Amin mengakui menjadikan Ebit Lew sebagai inspirasinya dalam penyebarkan dakwah tidak kira lapisan masyarakat. Malah, sebelum ini dia sering berdakwah dan memberi teguran secara umum di media sosial. Kali ini, dia ingin mendekati golongan LGBT untuk memberi lagi pendedahan mengenai agama.
Dakwah mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Dari dewan masjid, surau hinggalah ke lorong-lorong, kelab malam, dan pusat-pusat kumpul mereka. Lantang, tegas dan garang di media sosial tak mencukupi, kita wajib turun berdepan dan menyampaikan dakwah pada mereka walau satu ayat. Saya dah buat cara tegas, maka kali ini kita guna cara santun dan berdepan. Kita bukan sekadar keyboard warrior.
Inspirasi ini saya ambil dari Al Fadhil Kekanda Ustaz Ebit Lew. Tidak pelik, sebab sejak 2019 beliau dah turun berjumpa berdepan mereka. Waktu tu pun Ustaz Ebit Lew teruk kena kecam. Tapi hasilnya ramai LGBT bertaubat.
Maafkan saya atas isu yang berlaku
Dalam pada itu, PU Amin turut memohon maaf kepada umum dengan isu yang berlaku baru-baru ini. Dia bagaimanapun tetap bersyukur diberikan ujian sebegini kepadanya untuk dia terus kuat berdakwah untuk masyarakat.
Saya buat perkara yang sama untuk mengajak mereka ke Syurga walau saya belum tentu ahli syurga. Kita lakukan dakwah ini untuk anak keturunan kita. Kalau kita tak mulakan dakwah ini maka hancurlah generasi kita. Kita sama sekali tak pernah menyokong dan merestui kerja buat mereka. Namun, teguran secara berdepan, berunding, menyantuni agar kembali ke pangkal jalan sangat dituntut dalam Islam.
Maafkan saya atas isu yang berlaku. Ramadhan tak patut dihiasi dengan caci maki yang buruk. Saya bersyukur, ujian ini buat saya lebih bersemangat untuk turun berdakwah bertemu masyarakat.
Sumber: PU Amin