
Seorang individu mendakwa rakannya mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas menikmati kunafa yang dibeli di sebuah festival raya yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Maafkan Aku Sebab Aku Bukan Jantan Sejati Macam Orang Lain’ – Ojen Aiwah
Cirit birit sebab kunafa?

Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut mempersoalkan sama ada orang lain turut mengalami situasi sama selepas makan pencuci mulut berkenaan.
Siapa makan kunafa dekat Mitec? Memang semua cirit birit ke? Sebab kawan saya sampai kena pakai pampers anak dia masa kerja sebab cirit-birit. Kakak ipar pun makan masa sahur, tengah hari cirit birit juga.
Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian pengguna media sosial lain yang turut berkongsi pengalaman hampir sama di ruangan komen.
Beberapa individu mendakwa mereka juga mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas membeli dan menikmati kunafa di festival tersebut.
Saya cirit birit daripada semalam, ingatkan saya seorang sahaja macam ini. Saya beli yang booth dekat luar.
Meskipun tidak menyatakan nama produk, namun rata-rata wargamaya mendakwa kunafa yang dimaksudkan adalah jenama milik seorang usahawan terkenal.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian tersebut benar-benar berpunca daripada makanan yang dijual di festival berkenaan atau faktor lain.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan usahawan terbabit tidak berjaya apabila mesej yang dikirim tidak dibalas.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)