
Pelakon Adam Corrie berkongsi gambaran sebenar tentang dunia lakonan yang disifatkannya tidak seindah seperti yang sering dilihat oleh penonton di kaca televisyen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Tak Pulang Ke Kampung Sambut Tahun Baru Cina – ‘Ibu Saya Baru Meninggal Dunia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Kongsi Polis Jumpa Ubat Sakit Perut Sebelah Mendiang Ibu
Beradab & jaga masa

Menerusi satu perkongsian di Threads, pemilik nama sebenar Adam Corrie Lee Abdullah berkata, ramai yang melihat dunia lakonan sebagai bidang yang glamor.
Namun pada realiti sebenar, hanya difahami oleh mereka yang terlibat berada di set penggambaran.
Menurutnya, untuk menjadi seorang pelakon bukan sekadar memiliki bakat semata-mata, sebaliknya adab perlu dijaga dan disiplin terhadap masa juga perlu dititikberatkan.
Ramai orang nampak dunia lakonan itu glamor.
Tapi yang berada di set tahu realitinya.
Nak jadi pelakon bukan sekadar ada bakat.
Adab kena jaga.
Disiplin masa kena kuat.
Kami bekerja tak kira masa.
Langkah peribadi

Berkongsi lanjut, pelakon filem KL Gangster itu berkata, mereka bekerja tanpa mengira waktu dan ada kalanya tidak sempat memilih tempat untuk makan kerana perlu mengikut keadaan di lokasi penggambaran.
Ujarnya lagi, tempoh menunggu bagi merakam sesuatu babak kadangkala mengambil masa yang lama, malah boleh mencecah berjam-jam sebelum tiba giliran pelakon melakonkan adegan masing-masing.
Kadang-kadang makan pun tak sempat pilih tempat.
Ada masa makan di tepi jalan.
Ada masa duduk sahaja di tepi longkang, ikut keadaan lokasi penggambaran.
Menunggu scene pula kadang-kadang berjam-jam.
Sebab itu saya selalu buat persediaan sendiri.
Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa langkah tersebut bukan kerana pihak produksi tidak menyediakan kemudahan, sebaliknya hanyalah inisiatif peribadi bagi memastikan dirinya lebih selesa ketika bekerja.
Saya bawa kerusi lipat, kipas kecil, air minuman dan beberapa keperluan lain supaya lebih selesa sementara menunggu.
Bukan kerana production tak sediakan.
Mereka tetap sediakan, cuma kadang-kadang seadanya.
Kalau kita mahu lebih selesa, kita sendiri kena bersedia.
Dalam dunia kerja seperti ini, berdikari itu juga sebahagian daripada disiplin.
Dan di situlah kita belajar satu perkara, yang nampak glamor di layar, sebenarnya penuh sabar di belakang tabir.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)