berita

Ramai Tak Senang Duduk Dengan Diskaun Barangan Elektrik Di Jualan Penghabisan Stok Desa Home

March 25th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

orang ramai di Jualan Penghabisan Stok Desa Home

“Aish, time  nak guna la kau nak rosak kan?”

Korang pernah tak, nak guna barangan elektrik, tapi barang tu rosak pulak. Nak beli baru, bajet tak cukup lagi bulan ni. Kalau ada pun, mampu beli yang murah je. Tapi kat mana nak cari barangan elektrik yang murah tapi berkualiti?

Tips nak beli barangan elektrik yang murah tapi berkualiti ni, korang kena tahu tempat yang tengah buat sale! Kat mana tu? Okay, kali ni kami nak kongsikan satu jualan gudang barangan elektrik yang tergempak. Confirm korang nak pergi!

Aneka barangan elektrik di Jualan Penghabisan Stok Desa Home yang murah-murah!

Kalau korang mencari barangan elektrik yang murah-murah, singgah la ke Jualan Penghabisan Stok Desa Home ni. Jualan ni dibuat di outlet  Kepong dan One City. Diorang nak clearkan stok yang sedia ada. So, harga yang dijual lebih murah daripada biasa.

Antara barangan elektrik yang dijual termasuk la peti sejuk, mesin basuh, pengisar, cerek, periuk nasi dan sebagainya. Senang cerita, barangan elektrik yang korang cari tu semuanya ada di Jualan Penghabisan Stok Desa Home. So, jangan lupa singgah okay!

Jenama yang ada pun terkemuka. Bukan biasa-biasa punya. Antaranya Sony, Sharp, Samsung, Philips, Toshiba, Haier, LG dan lain-lain. Kalau cerita sampai esok pun tak habis. Nak senang, datang je la ke Jualan Penghabisan Stok Desa Home. Tengok depan mata baru puas.

Apa yang menarik tentang jualan besaran-besaran yang dibuat oleh Desa Home kali ni? Korang mesti terkejut kalau dapat tahu ni. Jeng jeng jeng..

Macam tak percaya, diskaun sehingga 80% beb

Siapa kat sini suka gila kalau ada diskaun? Angkat tangan! Jangan tak tahu, Jualan Penghabisan Stok Desa Home menawarkan diskaun barangan elektrik sehingga 80%. Korang mungkin tak percaya. Tapi ni la kenyataannya!

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Serious  murah!

 

Memang terkejut bila dapat tahu ada diskaun macam ni. Tak sabar pulak nak pergi. Korang bagitahu siap-siap kat family  korang ya. Mana la tahu ada yang baru pindah rumah tu. Boleh la cari barangan elektrik yang super  murah puas-puas.

Berbelanja sehingga RM500, dapat baucar RM50 untuk bayaran seterusnya

Eh, bukan ada diskaun je tau! Jualan Penghabisan Stok Desa Home ada baucar nak bagi kat korang jugak. Korang hanya perlu berbelanja sehingga RM500, lepas tu boleh dapat baucar RM50 untuk bayaran seterusnya. Fuh!

Nak senang, gabungkan bayaran korang dengan bayaran orang lain. Biasanya admin akan bawak family  atau member  sekali untuk dapatkan baucar ni. Korang pun boleh cuba cara admin bagi ni okay?

Delivery & installation secara percuma

Haa, ni yang kita nak dengar! Lagi menarik, delivery  dan installation  untuk barangan elektrik di Jualan Penghabisan Stok Desa Home adalah percuma*. Dah la dapat diskaun, delivery  dan installation  percuma pulak tu. Berbaloi beb.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Faedah 0% untuk ansuran 12 bulan, terbaik la!

Bukan nak cakap apa la. Tapi kalau korang tak datang ke Jualan Penghabisan Stok Desa Home ni, memang rugi. Jualan kali ni menawarkan faedah 0% untuk ansuran 12 bulan*. Tak perlu risau pasal interest. Memang syok habis.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Bila jualan ni dibuat? Haa, jangan lupa take note  info yang admin bagi ni siap-siap tau.

JUALAN PENGHABISAN STOK DESA HOME

Tarikh: 25 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019
Tempat: Outlet Desa Home (Kepong & One City)

[ Kompleks Desa ]
Alamat : Kompleks Desa Kepong, Grd Floor, Anchor Tenant, Kompleks Desa, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-62752840/ 62752929
Masa : 11 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Ahad)
Waze: Kompleks Desa Kepong

[ One Space @ One City ]
Alamat : GF-11, GD-18 & GF-23, One Space, The Square @ One City, Jalan USJ 25/1C, One City, 47100 Subang Jaya, Selangor.
No Tel : 03-50223077 / 3062 / 3063
Masa : 11:30 pagi hingga 8:30 malam (Isnin hingga Khamis) ; 11:30 pagi hingga 9 malam (Jumaat & Ahad)
Waze: One Space at One City

Dapat gaji nanti, terus pergi okay? Mungkin satu kereta tak muat nanti, so  bawak la family atau member  korang sekali. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Korang boleh klik sini untuk dapatkan info lebih lanjut tentang Desa Home di Facebook ya.

Jangan lupa tulis list  barangan elektrik yang korang nak beli tu siap-siap sebelum pergi. Tak la kelam kabut nanti. Sekian, jumpa kat sana eh!

SKIP THIS AD ×