Pelakon jelita, Anzalna Nasir berpandangan bahawa ramai wanita mengalami perubahan selepas berkahwin.

Artikel Berkaitan: Sebak Kenang Nasib Golongan Susah, Anzalna Nasir Ambil Inisiatif Bantu Keluarga Memerlukan – ‘Boleh DM Atau Maklumkan’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Tahu Berapa Lama Allah Pinjamkan Usia & Orang Yang Kita Sayang’ – Anzalna Nasir

Layanan suami

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38, berkongsi bahawa apabila seseorang wanita itu mempunyai keluarga, perubahan akan berlaku secara semula jadi demi suami dan anak-anak.

Saya percaya ramai wanita berubah selepas berkahwin.

Apabila mereka mempunyai keluarga, secara semula jadi mereka akan berubah demi suami dan anak-anak.

Menurutnya, layanan baik daripada seorang suami terhadap isterinya membuatkan wanita berasa dihargai, sekaligus mendorong mereka memberikan yang terbaik dalam perkahwinan.

Apabila seorang suami melayan isterinya dengan baik, si isteri akan berasa dihargai.

Itu yang menybabkan para isteri memberikan yang terbaik dalam perkahwinan.

Sumber: Threads