Berita pemergian anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail, turut menyentuh hati aktres Anzalna Nasir.

Artikel Berkaitan: Bukan Lagi Duta ‘J’, Anzalna Nasir Tampil Perjelas – ‘Pilihan Jenama Tersebut Untuk Bekerjasama Dengan Sesiapa’

Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Bukan Semata Tentang Harta’ – Anzalna Nasir Respon Netizen ‘Impress’ Dapat  Suami Kaya

Masa dengan tersayang

Menerusi hantaran di Threads, Anzalna, 38, mengakui dugaan berat yang dilalui Amyza membuatkan dirinya merenung kembali tentang nilai masa dan kesempatan hidup bersama insan tersayang.

Sebelum tidur bersembang dengan suami, saya cakap dekat dia, kita tak tahu berapa lama Allah pinjamkan kita usia dan orang-orang yang kita sayang.

Dalam hantaran sama, Anzalna turut menzahirkan ucapan takziah buat Amyza sekeluarga serta mendoakan agar pelakon itu terus diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ketika ini.

Salam takziah buat Kak Amyza Aznan sekeluarga. Semoga Kak Amyza terus diberi kekuatan.

Kita orang luar ini pun menangis tidak berhenti setiap kali tengok video. Kehilangan seorang anak yang terlalu disayangi.

Pemergian di bulan Ramadan yang mulia. Semoga kita juga dikurniakan pengakhiran yang baik.

Terdahulu, Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun di Hospital Kuala Lumpur selepas menderita kanser paru-paru selama setahun.

Sumber: Threads