
Pelakon, Andy Teh menyorot perhatian wargamaya selepas memuat naik video terbaharunya di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bukan Try Hard, Cuma Nak Fahami Budaya Melayu’ – Andy Teh
Artikel Berkaitan: Andy Teh Belajar Mengaji, Fahami Islam Demi Hayati Watak Dalam Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’
Hafal surah An-Nas
Menerusi perkongsian dibuat, Andy atau nama lengkapnya Andy Teh Kim Huat memuat naik video memaparkan dirinya yang sedang membaca surah An-Nas.
Dapat dilihat, pelakon filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ itu berjaya membaca surah tersebut dengan lancar walaupun hanya selepas 30 minit mempelajarinya.
30 minit selepas belajar Surah An-Nas.
Difahamkan, Andy mempelajari surah tersebut bagi menjayakan watak bagi filem terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Abah Saya Uncle Mike’.
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji kesungguhan Andy mempelajari dan menghafal surah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga peminat yang berseloroh untuk membantu memantapkan lagi bacaan Andy sekiranya mereka bertemu jodoh kelak.
Komen netizen
Sumber: TikTok