Pendakwah bebas PU Syed sekali lagi memberi teguran terhadap kumpulan Dolla yang didakwa tidak menjaga etika berpakaian sebagai umat Islam.

Artikel Berkaitan: Dolla Berpenampilan Seksi, Undang Kecaman Netizen – ‘Semoga Korang Diberi Hidayah’

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’

Nama kumpulan bawa maksud sesat?

Menerusi satu entri di Instagram, Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, memaklumkan pernah menegur kumpulan itu sekitar tahun lalu berhubung nama ‘Dolla’ yang didakwa menyerupai perkataan Arab “ضل” (dolla) yang bermaksud sesat. 

Nama Dolla, bunyi macam ‘ضَل’, jika guna huruf ض dan ل membawa maksud sesat. Dan ternyata hampir sama dah.

Bagaimanapun, PU Syed agak sukar untuk menegur dan menasihati mereka yang bergelar artis termasuk kumpulan Dolla.

Teguran yang saya berikan kepada artis seperti mereka ini boleh diibaratkan seperti mencurah air atas daun keladi.

Malah, PU Syed turut berpendapat bahaw pihak berkuasa perlu bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan etika berpakaian khususnya kepada golongan artis dan pempengaruh beragama Islam.

Saya juga tegas menegur pihak berkuasa, agar kuatkuasakan etika berpakaian terhadap rakyat terutama para artis serta pempengaruh. Terutama umat Islam, dari berpakaian menjolok mata.

Mereka sudah menunjukkan contoh yang buruk kepada peminat dan tak pelik jika ramai yang berpakaian tetapi seolah bertelanjang.

PU Syed turut menyentuh kekangan sebagai lelaki untuk menegur artis wanita secara terbuka kerana teguran itu sering disalah tafsir.

Lebih baik ustazah saja yang tegur, sebab kalau lelaki yang tegur, nanti dikata kita tengok mereka.

Teguran PU Syed

Sumber: PU Syed