berita

Rambut Terkini Fara Fauzana

July 10th, 2012 | by Ai
Trendsetter

Rambut merupakan aset penting bagi wanita. Potongan rambut yang sesui dengan bentuk wajah bakal menyerlahkan lagi kecantikan dan daya penarik pada wajah setiap individu. Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk memotong rambut, anda dinasihatkan agar merujuk kepada pakar pendandan rambut terlebih dahulu, agar potongan rambut ada tampak lebih segar dan trendy.

Di sini pihak OHBULAN! ingin berkongsi foto penampilan terbaru Fara  Fauzana yang kini telah menggayakan potongan rambut pendek. Potongan rambut terbaru ini membuatkan Fara Fauzana kelihatan lebih muda dan comel. Dengan penampilan terbaru ini, Fara Fauzana telah mendapat respon yang positive dari semua peminat-peminatnya menerusi akaun facebooknya di Realfafau. 

Bagi individu yang ingin menampilkan fesyen terbaru agar tampak lebih segar dan trendy, anda juga boleh mengubah gaya potongan rambut seperti Fara Fauzana ini. Walau bagaimanapun, pastikan fesyen yang dipilih sesuai dengan perwatakan dan cita rasa anda sendiri.

Kredit Foto : Realfafau, Hot Fm

Most Read Today