Susulan tular klip video pendek nyanyian Ning Baizura yang menjadi bualan hangat, pengarah musik Datuk Ramli MS tampil memberi pendapatnya tentang kecaman yang diterima penyanyi itu.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kurang Ajar, Korang Tak Tahu Perjalanan Hidup Saya’ – Ning Baizura Balas Kutukan Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan
‘Ini tidak baik’
Memetik laporan Harian Metro, Ramli menganggap bahawa kritikan yang diterima Ning itu sebagai satu perkara yang tidak bagus, dan tidak patut video tersebut dikongsikan berulang-ulang kali.
Ini tidak baik. Kalau kamu membuka atau mempamerkan keburukan orang, siapa tahu suatu hari nanti boleh terjadi pada diri kamu sendiri. Mungkin tidak jadi pada diri sendiri, tetapi akan terkena pada orang yang dekat dengan kita.
Tambah Ramli, perkara tersebut boleh berlaku kepada mana-mana penyanyi tanpa diduga termasuk dalam hal yang berkaitan dengan teknikal sesebuah persembahan.
Malah, pengarah yang mesra dengan panggilan Tok Ram itu juga berpendapat bahawa tidak adil untuk membandingkan dan mempersendakan gaya nyanyian mana-mana penyanyi.
Jika mahu disuarakan atau dilantangkan untuk memperbaiki persembahan, maka tidak mengapa. Cuma, memperbesarkan sesuatu perkara seperti hal Ning ini, mungkin untuk meraih perhatian bukan sesuatu yang baik.
Terdahulu, tular video Ning Baizura, di aplikasi TikTok dan Twitter membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sumber: Harian Metro