berita

Rancang Nak Kahwin Lepas 3 Tahun Bercinta, Sekali Abang Askar Hantar Kad Jemputan Lain

September 19th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, mengekalkan sesuatu hubungan bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, pelbagai ujian dan rintangan yang bakal ditempuhi terutamanya bagi pasangan yang bakal menempuhi alam perkahwinan.

Baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia berkongsi pengalaman pahitnya apabila diduakan oleh teman lelakinya.

Baru dapat jadi askar, dah curang

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nisa memberitahu bahawa dia dan teman lelakinya itu mula berkenalan pada tahun 2018. Ketika itu, lelaki berkenaan sedang mengejar cita-cita sebagai tentera sebelum akhirnya rasmi menjadi anggota tentera pada tahun 2019.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini akui hubungannya dengan keluarga teman lelakinya itu terjalin dengan cukup baik.

Tahun 2020, kali kedua dia ke Lampung. Aku hantar dia ke bandara untuk pulang. 2021 ke Palembang bertemu keluarganya. 2021 pertemuan di dengan keluargaku. Mei 2022, pertemuan dua keluarga. Kita sama-sama buat persediaan perkahwinan.

Tetapi siapa sangka, pada Januari 2023, Nisa menerima mesej daripada individu yanag tidak dikenali yang menghantar gambar teman lelakinya itu bersama seorang perempuan. Sejak daripada itu, Nisa mula mencurigai teman lelakinya itu.

Pada Januari 2023, aku terima DM dari orang yang tidak kenal yang mengaku sebagai kawan dari perempuan yang sedang rapat dengan dia.

Rupanya dah nak kahwin dengan orang lain

Apabila ditanya sejauh mana hubungan mereka, teman lelakinya itu berkata, mereka hanyalah sekadar kawan dan tidak lebih dari itu. Dia juga mendakwa ada pihak sengaja mahu memecah belahkan hubungan mereka.

Masa aku graduasi, dia tak dapat datang. Katanya tak boleh cuti, padahal sebelum ini dah janji nak datang.

Wanita ini kemudian nekad berjumpa dengan teman lelakinya itu untuk menyelesaikan permasalahan antara mereka. Sehinggalah pada April 2023, kedua-dua keluarga bertemu untuk membincangkan pernikahan mereka yang dijangka akan berlangsung pada awal tahun 2024.

Pada 30 Mei, Nisa sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun perkenalan mereka yang ke-4 tahun Apa yang mengejutkan, lelaki itu bersikap dingin dan lebih meruntun hati, dia berkata enggan lagi mengingati tarikh tersebut. Pada 2 Jun 2023, Nisa menerima kad jemputan kahwin teman lelakinya itu dengan perempuan lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Nisa dipertemukan dengan lelaki yang menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×