Foto: Daily Star
Seorang lelaki di Australia, berusia 65 tahun, berdepan dengan detik cemas apabila menjadi mangsa serangan ular sawa ketika menggunakan tandas di rumahnya. Kejadian tersebut berlaku pada jam 6 pagi, Isnin yang lalu.
Artikel Berkaitan: Nak ‘Melepas’ Pun Tak Selamat..
Artikel Berkaitan: Tak Pasal-Pasal Bomba Kena Tolong Potong Cincin Dekat ‘Punai’ Paklong…
Ular dalam mangkuk tandas
Foto: Daily Star
Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat seekor ular jenis albino sepanjang lima kaki yang berada di dalam mangkuk tandas mangsa. Lapor Daily Star, ular tersebut merupakan haiwan peliharaan yang terlepas dari rumah jirannya sebelum berjaya mengigit mangsa di bahagian alat sulitnya.
Ujar mangsa, ketika kejadian dia berasa seperti ‘dicubit’ dan alangkah terkejutnya dia apabila berpaling dan terlihat seekor ular yang ‘bersembunyi’ di situ.
Dibawa ke hospital
Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada gigitan itu, lelaki ini dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan tiada sebarang jangkitan bakteria yang berlaku. Pada masa yang sama, seorang pakar reptilia dikenali sebagai Werner Stangl telah dipanggil ke rumah mangsa bagi mengeluarkan ular tersebut.
Ujar pihak polis, ular tersebut merupakan antara 11 ular tidak berbisa yang dipelihara jirannya yang berusia 24 tahun di bangunan yang sama.
Bagaimanapun, pemuda itu menjelaskan dia sama sekali tidak menyedari akan kehilangan ularnya yang berjaya memasuki rumah jirannya. Kini, pemuda ini kemungkinan akan didakwa atas sebab kecuaian yang boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain.
Sumber: Daily Star