berita

Rasa Tak Sedap Badan, Daiyan Trisha Positif Covid-19

December 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19. Menurut Daiyan Trisha dia merupakan kontak rapat salah seorang krew produksinya.

Rasa tak sedap badan

Hi salam everyone. it is with a heavy heart to inform you all that i have tested positive for covid-19. i was in a close contact with someone on my production set who tested positive as well. pada hari khamis, when i found out- i still tested negative. tapi daiyan rasa tak sedap badan and i had a few events to go to yesterday so i went to get tested again pagi semalam, and the result came out positive. i’ve been quarantining at home since then. Set daiyan pun dah berhenti shoot and we’re all gonna go on 10-days quarantine.

Ujar Daiyan Trisha, sebelum ini hasil ujian saringan Covid-19 mendapati dirinya negatif. Namun, dia berasa tidak sedap badan sejak semalam sebelum disahkan positif Covid-19. Tambahnya, dia sedang menjalani proses kuarantin di rumah selama 10 hari. Kesemua krew yang terlibat untuk sesi penggambaran juga terpaksa dikuarantin untuk jangka masa 10 hari juga.

Bercerita mengenai simptom yang dialami, Daiyan Trisha memberitahu bahawa dia hanya mengalami gejala yang biasa sahaja. Antara simptom yang dihidapinya ialah sakit kepala, sakit tekak dan migrain. Namun, dirinya masih kuat dan mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Minta maaf

Menerusi posting di Instagram, Daiyan memohon maaf kepada semua pihak terutama mereka yang menjadi kontak rapat dirinya. Daiyan berharap semua kontak rapatnya menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Daiyan Trisha turut memohon doa daripada semua agar dia segera pulih dan dapat bekerja semula. Jelasnya lagi, dia sangat suka bekerja dan mungkin ini merupakan ujian buat dirinya supaya berehat seketika.

Sumber: Daiyan Trisha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×