berita

Rebut Tawaran Super Sales Deals 9.9 Untuk HUAWEI MatePad Baru. Hadiah Percuma Sehingga RM500 Menanti!

September 8th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Teknologi kini bergerak dengan pantas, pelbagai model peranti silih berganti yang ditawarkan di pasaran. Tapi berbaloi ke untuk dimiliki? Tak perlu berbelanja lebih lagi kalau korang boleh menikmati teknologi yang mengagumkan pada harga lebih jimat.

Peminat HUAWEI, ucapkan selamat datang kepada HUAWEI MatePad baru yang dilengkapi dengan ciri hiburan yang mengasyikkan, pembelajaran yang efisien dan pengalaman AI yang lancar. Kalau korang nak tau, bermula 9 September, HUAWEI MatePad baru akan dijual pada harga RM1,399 di HUAWEI Experience Stores di seluruh negara dan secara atas talian di HUAWEI Store.

Dengan setiap pembelian HUAWEI MatePad baru, korang akan menerima papan kekunci HUAWEI percuma serta hadiah lain seperti ganjaran pusat untuk ahli HUAWEI, HUAWEI Cloud Storage 15GB (selama 12 bulan) dan banyak lagi yang bernilai sehingga RM500!*

Bagi korang yang baru nak memiliki tablet dan mencari sesuatu pada harga lebih rendah, korang boleh memilih HUAWEI MatePad T 10 yang dijual pada harga RM499 untuk satu hari saja, iaitu pada 9.9. Jap, bukan itu je! HUAWEI WATCH Fit dan HUAWEI FreeLace Pro turut akan dijual pada harga RM499 dan RM399. Rugi besarlah kalau korang terlepas tawaran hebat ni pada HUAWEI Super Sales Deals 9.9.

5 sebab kenapa korang WAJIB ada HUAWEI MatePad!

1. Nikmati pengalaman berhibur dengan gaya baru

Bosan dengan kualiti audio peranti yang tak memuaskan? Dengan HUAWEI MatePad, korang boleh rasai sendiri pengalaman audio premium kerana HUAWEI MatePad menyokong Histen 6.0 untuk kesan bunyi stereo 3D.

Kalau dengar muzik atau menonton filem, korang dapat dengar sendiri bunyi yang dihasilkan memang lebih jelas dan mendalam melalui 4 pembesar suara dan sistem bunyi 4 saluran Harman Kardon. Bunyi yang rumit pun boleh didengari dengan lebih jelas dan sempurna. Lepas ni, nak mandi sambil pasang lagu mestilah lagi syok!

2. Meningkatkan produktiviti

Korang selalu multitasking? Pernah berhadapan dengan situasi nak tulis nota di tablet pada masa yang sama nak balas pesanan teks dari client?

Lepas ni lebih mudah korang nak buat lebih banyak kerja dalam satu masa dengan ciri Multi-Window. Ciri ini membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak, dan lebih menarik ialah dengan aplikasi ni juga korang dapat berinteraksi antara satu sama lain yang pastinya memberikan kecekapan multi-tugas maksimum.

3. Pastikan korang kekal berhubung

Melalui kehidupan norma baharu, jarak sosial yang dipraktikkan telah membuatkan kita semakin jauh antara keluarga dan rakan-rakan. Tapi, teknologi membantu kita terus berhubung menerusi panggilan video bersama yang tersayang.

HUAWEI MatePad dilengkapi dengan HUAWEI MeeTime, iaitu fungsi perbualan video yang menyokong panggilan berkualiti tinggi sehingga 1080p antara dua peranti HUAWEI. Walaupun terpaksa berjauhan, korang masih lagi boleh berhubung dengan MeeTime.

4. Bantu serlahkan kreativiti

Bagi yang berjiwa kreatif dan sentiasa perlukan sesuatu untuk mencatatkan ilham korang yang datang secara tiba-tiba, HUAWEI MatePad semestinya rakan yang perlu dibawa sentiasa. Dilengkapi dengan papan kekunci dan boleh digunakan dengan HUAWEI M-Pensil (yang dapat dibeli secara berasingan), tablet ni semestinya memudahkan korang mencatat nota dan inspirasi spontan.

HUAWEI M-Pencil mempunyai 4,096 tahap kepekaan tekanan, untuk menulis dengan cukup halus agar pemikiran dan inspirasi korang dapat dicatat dengan lebih baik.

5. Peranti pintar untuk kehidupan pintar di masa hadapan

HUAWEI MatePad yang baru turut dilengkapi dengan mod keselesaan mata (comfort eyes) yang mengurangkan pelepasan cahaya biru pada paparan, serta mod eBook untuk mengurangkan keletihan mata jika korang membaca untuk jangka masa yang lama pada tablet.

Apabila mod eBook diaktifkan, skrin akan menjadi hitam dan putih untuk memberi keselesaan pada mata korang. Tak perlu bimbang jika perlu melihat tablet pada masa yang lama lepas ni.

Bayar kurang untuk dapat lebih banyak dengan HUAWEI Together 2020!

Tak perlu tunggu lagi untuk membeli peranti baru yang memberi manfaat kepada kehidupan korang. Apa kata korang dapatkan semuanya bermula 9 September dan nikmati pilihan pembayaran secara pelan ansuran.

Untuk korang yang memilih untuk membayar secara ansuran korang boleh berbuat demikian dibawah pelan HUAWEI’s Together 2020.Pelan ni juga ada untuk pelajar tau, di mana korang boleh mendapatkan HUAWEI nova 7 SE dan HUAWEI MatePad dan dengan hanya membayar RM7.94 sehari selama 12 bulan. Kemasukkan universiti dan nak dekat so bolehlah beli peranti HUAWEI di bawah pelan ni. Lagi jimat dan berbaloi!

HUAWEI AppGallery – Lebih Selamat, Lebih Banyak Ruang Penyimpanan dan Lebih Banyak Ganjaran

HUAWEI AppGallery kini mengandungi aplikasi yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia seperti WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Foodpanda, Maybank2u dan banyak lagi.

Pengguna HUAWEI juga dapat mencari dan memuat turun lebih banyak aplikasi dari “Petal Search Widget” yang telah siap dipasang pada peranti mereka. AppGallery juga selamat, kerana diperkuat dengan empat lapisan perlindungan yang telah diperakui oleh standard industri tertinggi.

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki HUAWEI MatePad dan MatePad T 10 yang akan tersedia mulai 9 September di HUAWEI Store. Save the date dan nikmati pengalaman luar biasa pada HUAWEI Super Sales Deals 9.9! Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke Facebook HUAWEI.

Hidup pintar tak perlu bayar lebih hanya dengan HUAWEI!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×