Mabuk atau ‘morning sickness’ sering menjadi cabaran utama bagi wanita hamil. Rasa mual, muntah dan ketidakselesaan ini bukan sahaja menjejaskan rutin harian, malah boleh mengganggu selera makan serta emosi si ibu.

Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Alami ‘Morning Sickness’ Teruk, Hilang Selera Makan & Kerap Pening Kepala

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Lucinta Luna ‘Morning Sickness’ Sampai Muntah Darah – ‘Ni Alahan Ke Sakaratul Maut?’

Pengaturan pemakanan

Sekadar Gambar Hiasan (Dr Brown’s)

Terdapat pelbagai kaedah perubatan tradisional yang dipercayai mampu membantu ibu mengandung dalam mengurangkan simptom ‘morning sickness’.

Menurut Hello Doktor, dalam perubatan tradisional halia mengandungi kandungan sebatian aktif seperti gingerol dan shogoal dapat melegakan masalah pencernaan dan rasa mual si ibu.

Ibu hamil digalakkan untuk mengatur pemakanan dengan mengambil hidangan secara berperingkat sepanjang hari. Cara ini bukan sahaja disarankan dalam petua tradisional, malah turut mendapat sokongan daripada pakar kesihatan.

Petua seterusnya, bau-bauan pudina dan lemon juga diaanggap berkesan untuk melegakan alahan ketika mengandung. Terdapat kajian menunjukkan bahawa aroma sitrus dan pati pudina digunakan sebagai aromaterapi bagi mengurangkan rasa mual dan loya.

Menyalurkan tenaga pada tubuh badan

Sekadar Gambar Hiasan (Buku Pink)

Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan sumber protein seperti telur, ayam dan kekacang mampu mengawal tahap gula dalam darah dan dalam masa yang sama dapat meringankan simptom morning sickness.

Cara ini dapat menyalurkan tenaga yang lebih pada tubuh badan kita.

Pengambilan teh herba seperti chamomile dan peppermint sering dijadikan petua tradisional untuk meredakan rasa loya dan kaedah ini ternyata mempunyai sokongan daripada kajian saintifik.

Dalam petua tradisional, daun kari dan asam jawa turut digunakan untuk atasi alahan ini. Keberkesanannya dapat dilihat melalui perubahan positif yang dialami oleh ibu hamil selepas mengamalkannya.

Yang terakhir dalam petua tradisional, teknik ‘akupresur’ yang dilakukan pada bahagian pergelangan tangan. Ianya dikenali sebagai titik P6 atau Nei Guan yang dipercayai dapat membantu memberikan kelegaan kepada ibu hamil.

Sumber: Hello Doktor