Pelakon popular, Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna meraih perhatian apabila memuat naik video majlis ‘gender reveal’ baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Redza Rosli & Bella Hanna Bakal Timang Anak Sulung

Artikel Berkaitan: Kerja Dengan Redza Rosli Sangat Senang, Dia Tak Acah-Acah Diva & Mudah Bawa Bincang’

Dipuji ‘humble’

Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung lelaki apabila semburan biru keluar ketika majlis tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah cara hidup pasangan itu yang dikatakan cukup sederhana kerana tidak terlalu menunjuk atau berkongsi kehidupan di media sosial.

Malah, segelintir netizen turut terkejut apabila mengetahui pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya.

Komen netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kecantikan Bella yang dikatakan persis seperti pelakon terkenal Fillipina iaitu Marian Rivera.

Mereka turut berdoa agar pasangan itu dikurniakan anak yang soleh selain urusan mereka dimudahkan.

Sumber: TikTok