berita

‘Rehatlah, Dakap Ibumu Sepuasnya’ – Kanak-Kanak Maut Genap 100 Hari Kehilangan Ibu

June 25th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dapat dibayangkan perasaan trauma dan terkejut wanita ini apabila menyaksikan kemalangan maut di depan mata. Paling menyedihkan apabila mangsa terseret lebih kurang 20 meter dan berguling-guling di bawah lori.

Kemalangan yang menyedihkan

Kemalangan yang menyedihkan.
20 haribulan Khamis bersamaan 16 syawal 1440 jam 4.45pm

Tak tau nak mula dari mana. Allah pilih saya untuk melihat kemalangan sorang pelajar darjah 3 yang menyayat hati di depan mata.

Sambutan hari raya Sekolah Agama Bukit Banjar semalam yang sepatutnya semua gembira bertukar duka apabila seorang anak muridnya dirempuh sebuah lori 1tan. Tak pasti ada muatan durian atau tak yang pasti memang penuh dengan bakul di belakang lori.

Saya yang kebetulan ada di situ dengan tujuan nak ambil anak-anak balik sekolah menjadi saksi di tempat kejadian. Adik AQEEF HAFIY berlari-lari dari pintu pagar sekolah bila melihat kereta saya berhenti ditepi jalan. Sampai di tepi kereta saya dia tiba-tiba berhenti. Dari dalam kereta saya tengok muka dia dan dia tengok muka saya. Mungkin kereta saya disangkakan kereta ayahnya kerana warna kereta yang sama cuma jenis berbeza membuatkan dia malu dan terus berlari melintas jalan mcm tu je dan lori pun sampai terus merempuh anak kecil tu. Allahu Aqeeffff.

Kasut dan songkok berterbangan

Di depan mata saya Aqeef di seret sejauh +-20mter jauhnya dan berguling-guling dibawah lori dengan kasut dan songkoknya berterbangan atas jalan dengan lengkap berbaju melayu biru hari raya.

Saya seperti orang hilang akal. Menjerit² meminta bantuan org awam hantar Aqeef segera ke hospital. Masa tu call 999 pun saya dah tak boleh berkata². Seluruh badan menggigil kerana terkejut.

Selepas dibawa ke hospital oleh orang awam yang kebetulan ada disitu. Saya pun ke balai polis untuk buat laporan mengenai kemalangan tersebut atas arahan guru besar SABB dan ustazah² SABB pun ada turut serta.

Aqeef baru sahaja kehilangan ibu

Semalam semasa Aqeef di zon merah HPSF Muar sempat saya panggil dia dan Aqeef respon dengan mengangkat tgnnya. Aqeef cedera dalaman yang sangat terok. Tulang pinggang patah, tulang rusuk patah, tulang tengkok patah, pendarahan paru² dan pendarahan kepala. Jam 1.45am Aqeef telah dihantar ke hospital JB untuk rawatan lanjut. Dan baru dapat perkhabaran Aqeef akan di operation walau dalam keadaan kritikal sebab pendarahan kepala yg sangat² terok.

Untuk pengetahuan semua juga Aqeef baru saja kehilangan ibunya sebelum puasa hari tu akibat breast cancer dan Aqeef anak bongsu dari 4 beradik. Abangnya cerita semalam Aqeef asyik sebut nak kekubur ibunya saja sejak akhir²ni. Mungkin dia terlalu rindu dengan arwah sebab dia anak manja allahu.

Di hari yang baik ini saya mohon rakan² fb saya semua tolong doakan pembedahan Aqeef selamat dan berjaya. Moga Aqeef diberi kesembuhan olehNya. Doakn Aqeef kuat. Hari ni lepas solat jumaat jgk masjid di 3 kampung saya akan adakan solat hajat untuk Aqeef lepas solat jumaat nanti. Sama² kita titipkn sedikit doa untuk Aqeef.

Wajah terakhir penghuni syurga

Wajah terakhir penghuni syurga beberapa minit sebelum kemalangan semasa meraikan jamuan hari raya di SABB semalam. Mungkin ibu Aqeef melambai² Aqeef dari seberang jalan agaknya. Sebab tu Aqeef terus melintas tak toleh kiri kanan lagi dah. Maklum lah dah lama tak jumpa.

Sebabnya kebiasaan ayahnya akn ambil Aqeef di pintu gate belakang bukan gate depan. Boleh pulak anak syurga ni pergi ke gate depan dan berlari² mengejar kereta auntie yg disangka kereta ayahnya.

Semua guru bercerita mengenai Aqeef. Seorang anak murid yg bijak dan sgt baik. Orang yg baik² mmng Allah akan ambil dulu kan..Skrg Aqeef boleh peluk ibu puas² ok.

#aqeefhafiy
#dalamkenangan
#ahlisyurga

Genap 100 hari ibu pergi

Alhamdulillah. Adik Aqeef selamat disemadikan jam 10.30am td. Dari pagi hujan renyai seolah menangisi sama. Selesai sahaja kebumi hujan pun turun dengan lebatnya allahu. Macam tu juga perasaan org yg melihat perjalanan adik Aqeef hari ni.

Sy bukan lah sesiapa pd adik Aqeef. Cuma sy Allah swt pilih utk melihat perjalanan ank syurga ini dari awal sampai akhir pengakhirannya.

Hari ini semua menangisi pemergianmu. Sangat cantik Allah swt aturkan jalan ceritamu nakk. Semalam genab 100 hari ibumu pergi dan jatuh pada tarikh lahir ibumu jua. Dan pada tarikh tu jgk Allah mengambilmu jatuh pulak hari Jumaat yg mulia.

Bila difikir sejenak semua yang berlaku Allah dah susun cantik untukmu bertemu arwah ibumu disana. Ada rasa sarat kerinduan yg kau tanggung dan hanya Allah yg maha mengetahui apa yg ada dlm hatimu saat kau merindui hangatnya pelukan ibumu.

Semangat seperti direntap

Hari ini Aqeef disemadikan bersebelahan kubur ibunya. Allahu. Sekali lagi airmata ni jatuh. Indah susunan jln ceritamu. Rehatlah disana nakk. Dakap ibumu sepuasnya. Auntie hanya mampu kirimkn doa utkmu. Sesungguhnya auntie antara org yg beruntung dpt melihat dr awal hgga akhir saat perjalananmu ingin kesyurga.

Buat kawan² fb smua. Doakn sy juga kuat. Semangat sy juga seperti direntap akn kejadian seumpama ini. Saat ini segala urat smua sakit. Andailah boleh didelete segala yg terjadi depan mata akan segera saya delete. Biar segalanya jua terkubur. Allah sebaik² perancang mana yg terbaik utk hambanya.

Jgn kita menyalahi sesiapa. Biar polis jalankan siasatan. Adik Aqeef pn dh gembira disana disyurga yg abadi.

Takziah pada keluarga adik Aqeef Hafiy. Moga ayah dan abg²nya tabah dgn 2 kehilangan dlm beberapa bulan ini. Sama² kita doakan

#muhammadaqeefhafiy
#anaksyurga
#dalamkenangan

Sumber : Anita Mohammad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×