berita

Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

April 8th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-07 at 5.11.19 PM

Tampil dengan rekaan yang eksklusif, tudung Fareeda sememangnya menjadi kegilaan apabila rata-rata wanita di luar sana merupakan pengguna setia produk ini.

Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di sebalik kemegahan nama produk tersebut dengan mengeluarkan tudung tiruan Fareeda.

Semalam, isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan pengusaha kepada perniagaan itu telah mengadakan satu sidang media rampasan produk tiruan Fareeda.

Screen Shot 2014-04-07 at 4.34.23 PM

Fizo Omar berkongsi foto di sidang media rampasan tudung tiruan Fareeda menerusi laman Facebooknya

Mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), usaha tersebut telah dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak produk syarikat tersebut.

Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut adalah agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.

Malah, mereka turut menambah bahawa produk tiruan yang dikeluarkan langsung tidak menjejaskan jualan produk original kerana kualitinya yang jauh berbeza.

Selain itu, mereka turut berpendapat rampasan itu adalah dianggap tidak wajar kerana pengguna setia tudung Fareeda pasti tahu membezakan antara yang original dan produk ciplak.

Walauapapun pendapat orang ramai, rasanya lebih elok jika sesuatu produk itu mempunyai identiti tersendiri daripada dengan senang-lenang mendapat keuntungan daripada hasil rekaan syarikat lain bukan? Bagaimana pula dengan para pembaca OHBULAN! sekalian, ada sebarang komen?

 

SKIP THIS AD ×