berita

Penghantar Makanan Jumpa Syamsul Yusof, Siap Pakej Bergambar Duduk Atas Lamborghini – ‘Tuan Kereta Yang Tangkapkan’

April 26th, 2024 | by Alia
Kini Trending

syamsul

Sudah agak lama perkhabaran tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof tidak kedengaran dan kelibatnya di media sosial juga jarang dilihat.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah ‘Contact’ Dengan Syamsul Yusof Hanya Untuk Kedua Anak – ‘Saya Tak Pernah Tanya Apa-Apa Dekat Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusof Haslam Akan Terus Jaga Ukhwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya – ‘Biasalah Budak Muda Merajuk’

Syamsul tak sombong

syamsul

Terbaharu, seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan, telah memuat naik beberapa keping foto bersama Syamsul di TikTok miliknya.

Paling menarik perhatian warganet adalah, swafoto mereka yang diambil oleh pengarah filem Munafik itu.

Bukti Syamsul tak sombong.

Vibe dia macam Syamsul yang peminat abang ni.

Macam kawan-kawan pula.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga disifatkan bertuah kerana dia dibenarkan duduk di atas kereta mewah milik Syamsul untuk bergambar.

Terbalik pula, tuan kereta yang tangkapkan gambar. Memang kami berdua sahaja ketika itu, teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini.

Tinjauan OhBulan! mendapati pengarah berusia 38 tahun itu sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di Instagram sejak November tahun lalu.

Timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

Syamsul sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×