berita

RekaScape Cyberjaya Pusat Sehenti Dengan Pelbagai Aktiviti & Kemudahan Menarik. Korang Dah Pergi?

December 1st, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Cyberjaya merupakan salah sebuah bandar yang terkenal di Malaysia. Dikenali sebagai bandar teknologi, sebenarnya banyak aktiviti menarik dan kemudahan yang disediakan disini antaranya RekaScape.

Nak tahu apa yang menarik tentang RekaScape dan kemudahan lain di Cyberjaya?Pastikan korang scroll artikel ni sampai habis.

RekaScape pusat sehenti pelbagai aktiviti!

Mungkin masih ramai yang tak tahu bahawa RekaScape merupakan lokasi istimewa dan unik di Cyberjaya.

Dilengkapi dengan 10 kawasan runcit, lapan lot F&B dan dewan serbaguna yang boleh memuatkan 200 orang, di sini pelbagai program-program pembangunan keusahawanan turut dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, RekaScape juga menempatkan TinkerScape iaitu ruang kerja bersama dengan internet berkelajuan tinggi yang ada di serata Cyberjaya.

TinkerScape menawarkan ruang pejabat yang selesa dengan pelbagai kemudahan untuk syarikat pemula yang baru mula bertapak. Terdapat pilihan ‘hot desk’ atau bilik persendirian disamping kemudahan lain seperti  bilik latihan dan bilik perbincangan yang boleh disewa pada kadar yang berpatutan. So, kawasan ni ala-ala pejabat persendirian gitu. Selesa sangat untuk bekerja.

Lokasi  Cyberjaya Investment & Services Centre (CISC)

Selain menawarkan  ruang kerja bersama, RekaScape juga menempatkan Cyberjaya Investment & Services Centre (CISC) iaitu pusat sehenti yang menawarkan sokongan dan kemudahan khusus kepada pelabur, usahawan, pemilik perniagaan dan komuniti di Cyberjaya

Antara peranan utama CISC adalah untuk memudahkan persediaan dan pendaftaran perniagaan di Cyberjaya.

Sehingga kini, 105 perniagaan telah menerima bantuan perkhidmatan daripada CISC dengan lebih daripada 1500 pertanyaan yang merangkumi kemudahan perniagaan dan perkhidmatan komuniti di Cyberjaya telah berjaya diselesaikan.

Kidztech Centre pusat pembelajaran berteraskan pembangunan teknologi!

Tidak dilupakan juga penawaran perkhidmatan khusus untuk memupuk minat anak-anak terhadap inovasi dan bidang teknologi di Pusat KidzTech. Pusat Pendidikan ini menawarkan cara pembelajaran yang lebih unik dan menyeronokkan untuk pelajar berumur dari 7 hingga 12 tahun yang mahu mengikuti aliran pembelajaran STEAM.

Tidak hanya menjurus kepada  Kejuruteraan & Teknologi, Pengaturcaraan Aplikasi, Bahasa, dan juga Sains Praktikal. Di pusat ini juga, mereka menekankan pembangunan etika harian kanak-kanak serta pembinaan watak yang diilhamkan oleh etika baik masyarakat Jepun. .

Lengkap dengan kemudahan kemahiran lain seperti percetakan 3D dan mereka bentuk, teknologi VR turut disediakan yang mana tak boleh didapati di semua sekolah harian.

Anjur pelbagai aktiviti & program menarik!

Sejak mula dibuka hingga sekarang, RekaScape telah menganjurkan 38 program latihan menggunakan kemudahannya dengan kerjasama pelbagai penyedia latihan. Berikut adalah senarai penganjuran acara berskala besar yang telah dianjurkan oleh RekaScape.

1. Program Buka Pentas x Rantai Art Festival 2022 oleh Selangor Youth Community yang mengangkat aspirasi seni terbukti meriah dengan ‘live performances’ dan gerai-gerai jualan.

2. RekaScape mengadakan festival makanan ‘Cyberjaya Makan Best Fest’ yang mengumpulkan menu-menu makanan terbaik di Cyberjaya dan Semenanjung Malaysia untuk membawa para usahawan dan komuniti bersama.

3. Lokasi untuk  Cyberjaya Farmers Market, pasar komuniti  ini adalah pertama yang menerima pembayaran melalui kod QR tanpa tunai.

Diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, Cyberjaya Farmers Market yang terkenal meriah ini. Digerakkan sendiri oleh sekumpulan 100 orang usahawan dalam komuniti.

Apa yang anda akan dapati di pasar ini yang bertempat di RekaScape adalah makanan tempatan, barangan artisan, barangan buatan tangan, dan hasil organik dan segar. Kadang-kadang mereka juga akan mempunyai buskers, pemuzik, artis, dan aktiviti khas.

Daripada jumlah keseluruhan usahawan ini sebanyak 60% adalah di kalangan mereka yang turut mempunyai pekerjaan sepenuh masa tetapi benar-benar mempunyai semangat keusahawanan dan bermotivasi tinggi terhadap usahaniaga mereka.

SKIP THIS AD ×