berita

Remaja 13 Tahun, Cabul & Perkosa 6 Gadis Bawah Umur, Selalu Buat ‘Projek’ Dekat Tangga Flat

April 3rd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Singapura ditahan polis atas kesalahan melakukan seksual terhadap enam remaja perempuan yang masih di bawah umur.

Cabul, rogol remaja bawah umur

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh dikatakan mula melakukan kesalahan itu pada awal tahun 2021 dan ketika itu tertuduh baru berusia 13 tahun. Kejadian itu dikatakan berlarutan sehingga tahun 2022. Menurut sumber, keenam-enam mangsa berusia antara 12 dan 14 tahun (ketika kejadian).

Kejadian pertama berlaku pada 28 Mac 2021, iaitu selepas tertuduh dan mangsa yang berkenalan menerusi rakan telah bersetuju menjalinkan hubungan istimewa. Mereka berdua melakukan seks di kawasan tangga apartmen kediaman gadis terbabit.

Pasangan itu kemudiannya bertengkar selepas mangsa mengetahui bahawa tertuduh telah menyiarkan gambar mereka bersama di media sosial.

Selepas memutuskan hubungan tersebut, tertuduh bertemu pula dengan mangsa kedua yang berusia 12 tahun pada Julai 2021. Pertemuan itu berlaku di sebuah hospital di Singapura di mana tertuduh mendapatkan rawatan disebabkan masalah kaki manakala mangsa mengalami masalah pernafasan.

Meskipun baru beberapa hari berkenalan, tertuduh dengan selambanya naik ke katil dan mencium pipi kiri mangsa tanpa kebenaran.

Jumlah ada 6 mangsa

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh kemudian berkenalan dengan mangsa ketiga (13 tahun) pada 16 Januari 2022 melalui media sosial. Selepas tiga hari berkenalan, kedua-dua mereka bersetuju untuk berjumpa dan pada 19 Januari, tertuduh dan mangsa ketiga membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

Namun tindakan tertuduh yang menyentuh badan mangsa di tempat awam tanpa kebenaran membuatkan gadis itu nekad memutuskan hubungan.

Sekitar April hingga Mei 2022, tertuduh menjalinkan hubungan dengan mangsa keempat. Sepanjang tempoh perkenalan, mereka berdua telah melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali. Begitu juga dengan mangsa seterusnya iaitu mangsa kelima. Pada Jun 2022, mereka berdua melakukan hubungan seks di kawasan tangga sebuah kediaman.

Empat bulan kemudian, tertuduh mengenali seorang gadis berusia 13 tahun (mangsa keenam) dan pasangan itu juga telah melakukan hubungan seks.

Susulan daripada tindakan tersebut, tertuduh yang kini berusia 16 tahun telah dihadapkan ke mahkamah.

Tertuduh mengaku bersalah atas lapan pertuduhan atas kesalahan yang termasuk pencabulan dan rogol mengikut undang-undang. Manakala 17 pertuduhan lain akan dipertimbangkan semasa hukuman. Menurut sumber, tertuduh dijangka dijatuhkan hukuman pada 27 Mei ini.

Sumber: Stomp Strait Times

SKIP THIS AD ×