berita

Remaja 13 Tahun Jadi Mangsa Pertama Main Mercun

April 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Padah buat remaja lelaki berusia 13 tahun selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kanannya selepas bermain mercun di Kuala Nerus pada Selasa lalu.

Artikel Berkaitan: Berhenti Tepi Tol Semata-Mata Mahu Bakar Mercun Sambut Hari Jadi ‘Big Brother’, 5 Lelaki Dicekup Polis

Artikel Berkaitan: Satu Kolej Didenda Tidur Atas Tar Sebab Mercun, ‘Dalang’ Sebenar Akhirnya Tampil Lepas 4 Tahun!

Main mercun diubahsuai

Memetik laporan Kosmo, tiga lagi rakannya turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan selepas mereka difahamkan bermain mercun yang telah diubahsuai pada jam 8.30 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, kesemua mangsa difahamkan bermain mercun tersebut di kawasan berhampiran rumah mereka.

Siasatan awal mendapati mercun itu dipercayai telah diubahsuai bagi mengeluarkan bunyi yang kuat.

Kesan letupan kemudiannya telah menyebabkan mangsa (remaja berusia 13 tahun) cedera pada bahagian mata.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala tiga lagi rakannya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Kosmo

 

SKIP THIS AD ×