berita

Remaja 15 Tahun Hilang Ketika Keluar Ke Kedai Runcit

April 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kedah, seorang pelajar tingkatan tiga, Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di Sungai Petani sejak hari Isnin lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, pelajar berusia 15 tahun itu dipercayai keluar seorang diri ke kedai runcit berkenaan dengan menaiki motosikal milik kakaknya kira-kira pukul 6.30 petang.

Tidak membawa dokumen pengenalan diri

Sekadar gambar hiasan

Menurut Kakak Nor Aleeya iaitu Siti Nazira, adiknya itu tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya ditemani anak kucing miliknya sewaktu hendak keluar ke kedai runcit tersebut.

Petang Isnin lalu, adik hanya beritahu emak hendak keluar membeli paracetamol dan emak suruh dia keluar cepat kerana bimbang kedai tutup. Kami sekeluarga mula risau selepas mendapati dia tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam dan cuba mencarinya, namun hanya menemui motosikal dinaikinya di kawasan kebun sawit dalam keadaan tidak berkunci.

Kami tidak tahu hendak cari dia di mana lagi, dia sendiri tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi. Kami sangat risau dengan keadaannya memandangkan dia tidak pernah keluar seorang diri, biasanya Nor Aleeya akan keluar bersama kembarnya Nor Aleeya Najwa sahaja.

Tambahnya, terdapat saksi yang mengatakan terdengar suara jeritan adiknya. Mengenai laporan polis, Nazira memberitahu bahawa laporan tersebut sudah dibuat di Balai Polis Bedong hari Selasa lalu, selepas mereka gagal mengesannya.

Kepada orang ramai yang menemui atau melihat Aleeya Natasha, korang diminta menghubunginya di talian 018-9429603 atau melaporkan di mana-mana balai polis terdekat. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mengesahkan mereka sudah menerima laporan berhubung kehilangan gadis tersebut dan siasatan bakal dilakukan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×