berita

‘Kami Sekeluarga Berharap Akan Ada Jawapan Kepada Banyak Persoalan’ – Ibu Nora Anne

August 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Punca kematian dan kehilangan Nora Anne Quoirin masih menjadi tanda tanya terutamanya buat keluarga mangsa. Meskipun, keputusan bedah siasat telah menjelaskan punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan dalam tempoh panjang.

Bagaimanapun, keluarga mangsa mahu mendapatkan penjelasan mengenai anak mereka sepanjang tempoh kehilangan kira-kira 10 hari itu.

Memahami apa sebenarnya yang berlaku

Keluarga mangsa masih mengharapkan jawapan tunggal bagi menyelesaikan beberapa persoalan tentang misteri kehilangan anak mereka di resort berkenaan.

Anak kami mati dalam keadaan yang amat sukar dan kami sekeluarga berharap akan ada jawapan kepada banyak persoalan.

Kami masih berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku kepada Nora Anne dalam tempoh 10 hari itu.

Akan membawa pulang Nora

Menerusi sebuah kenyataan di Facebook Lucie Blackman Trust, keluarga mangsa meengucapkan terima kasih buat kerajaan, polis, pasukan mencari dan menyelamat (SAR), penduduk setempat dan sukarelawan yang membantu mencari Nora Anne.

Kami akan membawa pulang Nora di mana dia akan disemadikan berhampiran keluarga tersayang di Perancis dan Ireland.

Keluarga masih mengharapkan apa saja maklumat bagi membantu memberikan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku dalam tempoh 10 hari itu.

Lucie Blackman Trust akan terus menyokong keluarga selagi mereka memerlukan sokongan termasuk menghantar pulang serta sokongan lain yang diperlukan.

Hasil bedah siasat

Grafik Harian Metro

Tambah Lucie Blackman Trust lagi mengesahkan tiada sebarang ganjaran diberikan atas penemuan mayat Nora Anne dan pihak berkuasa Perancis akan terus menjalankan siasatan mengikut prosedur membabitkan rakyat Perancis di luar negara.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×