berita

Tikam Tepat Pada Jantung, Remaja 17 Tahun Didakwa Bunuh Abang Kandung

August 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

tikam abang

Seorang remaja berusia 17 tahun didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Mahkota pada 7 Ogos lalu.

Tikam jantung abang

Memetik laporan Bernama, tertuduh didakwa menikam tempat pada jantung abang kandungnya yang berusia 21 tahun. Tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabeda kerana pertuduhan membunuh di bawa bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 26 September untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, seorang lagi abang tertuduh yang membuat laporan palsu dengan menyatakan bahawa mangsa mati akibat terjatuh di kandang kambing dijatuhi hukuman denda RM1,500.

Pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×