berita

Remaja Dibogel & Dibelasah Kerana Nekad Berhenti Kerja Sebagai Operator Sindiket Penipuan

June 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara mahu behenti kerja sebagai operator sindiket penipuan atas talian, seorang remaja lelaki dipaksa berbogel, dirakam gambar, barang peribadi disamun serta dibelasah menggunakan tali dan kayu.

Artikel Berkaitan: Tular Video Lelaki Maut Selepas Dibogel & Dibakar Hidup-Hidup

Artikel Berkaitan: Nak Tengok Isteri Buat Seks Dengan Lelaki Lain, Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil

Sindiket pinjaman tidak wujud

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pada 28 Mei lalu kira-kira jam 8 malam, remaja berusia 15 tahun itu juga diperas ugut oleh majikannya dan diaibkan kerana mahu berhenti kerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga.

Pada 31 Mei lalu jam 3.45 petang, anggota Cawangan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menahan suspek iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 15 hingga 23 tahun. Tangkapan di buat di sebuah rumah di Taman Jati, Hang Tuah Jaya.

Menerusi serbuan itu polis merampas barang kes disyaki senjata digunakan untuk mencederakan dan barang milik mangsa.

Siasatan lanjut mendapati kumpulan ini menjalankan aktiviti penipuan atas talian pinjaman wang tidak wujud sejak tahun lalu dengan mensasarkan kepada individu yang mempunyai akaun media sosial di serata dunia khususnya warga tempatan.

Kumpulan ini menyasarkan jumlah kutipan minimum aktiviti pinjaman tidak wujud sehingga RM20,000 sehari dengan menggunakan apa jua kaedah aplikasi komunikasi telefon seperti WhatsApp dan Telegram.

Susulan itu, lima suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencederakan mangsa dalam tindakan samun dan jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Polis menjalankan satu operasi

Pihak polis juga menjalankan satu operasi pencegahan dan memberkas seramai 11 individu berusia 18 hingga 22 tahun di sebuah kawasan perumahan mewah di Taman Cheng Perdana yang disyaki melakukan aktiviti penipuan pinjaman wang tidak wujud.

Dalam pada itu, dalang sindiket tersebut turut ditahan kerana cubaan merasuah pegawai kanan polis sebanyak RM60,000 untuk membebaskan semua 11 orang tahanan tersebut.

Semua 11 individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 KK iaitu kesalahan menipu bagi memperoleh harta orang lain dan boleh dihukum penjara maksimum sehingga 10 tahun serta sebat dan denda.

Lelaki yang cuba memberi suapan kepada polis disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×