berita

Tular Video Lelaki Maut Selepas Dibogel & Dibakar Hidup-Hidup

May 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Star

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki di Mexico dibakar hiudp-hidup oleh sekumpulan individu.

Dibogel dan dibakar hidup-hidup

Memetik laporan Daily Star, pembunuhan tersebut dipercayai membabitkan kartel dadah. Difahamkan, pada awalnya hanya berlaku pergaduhan namun ianya berlarutan sehingga mangsa diseksa dan lehernya dirantai sebelum dibogelkan.

Lebih kejam apabila sekumpulan individu tersebut tergamak membakar mangsa hidup-hidup. Mangsa bagaimanapun dilihat bergolek ke kiri dan kanan bagi memadam api yang sedang marak di tubuhnya namun gagal. Meskipun mangsa menjerit kesakitan dan meminta tolong, namun kesemua suspek tidak mengendahkannya.

Menurut sumber, mangsa dipercayai merupakan salah seorang daripada musuh kartel pasukan Grupo Escorpión yang merupakan sayap organisasi penyeludupan dadah terbesar Gulf, Mexico.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×