
Seorang remaja perempuan didakwa tergamak membunuh ibu bapanya dan mencederakan anjing peliharaan mereka lalu berkongsi gambar tersebut menerusi platform WhatsApp.
Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Bongkar Pembunuhan Gadis 17 Tahun, Mayat Disumb*t Dalam Bagasi & Dibuang Di Landasan Kereta Api
Artikel Berkaitan: Mayat Budak Tiga Tahun Disorok Dalam Guni, Disyaki Dirog*l & Dibun*h
Bunuh ibu & bapa

Foto: New York Post
Kejadian yang berlaku di Belanda itu menyaksikan mangsa iaitu Johan dan Mathilda, yang berusia 53 tahun, ditemui maut dipercayai ditikam oleh anak perempuan mereka. Mayat pasangan itu dijumpai di kediaman mereka yang terletak di Groningen pada Khamis.
Selain itu, anjing peliharaan mereka dilaporkan turut mengalami kecederaan akibat ditikam semasa insiden berkenaan.
Remaja berusia 15 tahun itu juga didakwa mengambil gambar mayat ibu bapanya dan menghantar kepada rakan sekelas.
Menurut seorang pelajar, kelihatan mangsa terbaring dengan berlumuran darah dengan mata terbuka dengan sebilah pisau turut berada di tempat kejadian.
Bapanya terbaring di atas lantai, manakala ibunya berada di atas katil. Terdapat banyak darah dan sebilah pisau dapat dilihat.
Bagaimanapun, pihak polis enggan mengulas tentang gambar berkenaan dan menasihati orang ramai agar tidak menyebarkannya.
Dalam pada itu, berdasarkan dakwaan rakan sekolah remaja tersebut, dia dipercayai mempunyai masalah identiti dan sering berpura-pura menjadi seperti seekor anjing di sekolahnya.
Bukan itu sahaja, mereka juga mendakwa pernah melihat remaja tersebut merangkak dengan kedua-dua tangan dan kaki, menyalak seperti anjing serta memakai ekor, telinga anjing tiruaan serta sarung tangan.
Ahli keluarga pasangan tersebut pula berkata, mereka ketika ini masih sukar menerima kenyataan kematian Johan dan Mathilda.
Kami hampir tidak dapat memahami tragedi yang menimpa Johan dan Mathilda.
Namun, sokongan serta ucapan takziah daripada ramai pihak amat bermakna dan sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada kami.
Suspek telah ditahan dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui motif pembunuhan.
Sumber: New York Post






![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Sorot Perhatian, Netizen Tegur Gaya Pakaian](https://asset.ohbulan.com/2026/07/isteri-2.jpg)

